Categories
NASIONAL

Ahli Cabang Ampang failkan saman terhadap JPP, Zuraida

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 JUN: Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Ampang, Nasharudin Md Isa hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi membatalkan keputusan Pemilihan PKR bagi Cabang Ampang.

Saman itu menamakan tiga defendan iaitu; Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul; JPP dan Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Saman difailkan menerusi firma guaman, Patrick Dass & Co.

samanNasharuddin berkata, tindakan ini diambil selepas JPP gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap bantahan dan bukti kukuh yang dikemukakan berhubung insiden pemilihan di Cabang Ampang.

“Tindakan ini saya ambil tanpa arahan sesiapa dan saya faham dan bersedia menghadapi risiko tindakan dari parti.

“Bantahan saya berikutan terdapat unsur rasuah dan amalan yang tidak sah dilakukan defendan ketiga (Zuraida), wakil-wakilnya serta penyokongnya sekali dalam pemilihan di Ampang yang memberi kesan besar terhadap keputusan pemilihan,” kata Nasharuddin kepada pemberita selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini.

Jelas Nasharuddin, pihak beliau pernah mengemukakan bantahan sebanyak dua kali pada 21 dan 22 Mei lalu tetapi JPP berkeras untuk meneruskan pengiraan undi dan mengesahkan keputusan.

Tambah Nasharuddin, pengiraan undi di Ampang juga dijalankan tanpa kehadiran wakil calon bagi memantau proses pengiraan.

Sementara itu peguam yang mewakili beliau, Patrick Dass berkata saman yang difailkan ini tidak melibatkan sebarang tindakan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pemilihan 2014“Pemilihan tak teratur, sebab itu anak guam saya cabar dan ROS tak kena mengena dengan saman ini,” kata beliau.

Antara tuntutan ke atas defenden dalam saman ini membatalkan pemilihan yang dijalankan pada 11 Mei bagi Cabang Ampang dan pengiraan undi bagi cabang sama yang diadakan di Ibu Pejabat PKR pada 11 Jun serta menuntut pemilihan semula dalam masa 30 hari.

EZY

Categories
NASIONAL

Khalid dahului semasa ‘blackout’, JPP dakwa kerosakan ‘sub station’ TNB

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 27 JUN:  Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mengakui terdapat gangguan bekalan elektrik ketika pengiraan undi pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden sedang dijalankan.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata gangguan elektrik yang berlaku kira-kira selama dua jam itu disebabkan kerosakan salah satu ‘sub station’ milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi kawasan terbabit.

Pemilihan 2014“Aduan kepada TNB dibuat serta-merta. Anda boleh sahkan dengan TNB.

“Semasa kejadian, kiraan undi calon Timbalan Presiden, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang mendahului dengan agak selesa.

“Pengiraan untuk cabang belum dijalankan lagi. Pemantau dari JPP, wakil calon turut ada sama. Kami ambil gambar keadaan bilik kiraan undi sebelum semua yang ada diarahkan kosongkan tempat pengiraan dan kemudiannya dikunci,” kata Johari dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Jelas Johari, kiraan undi disambung semula sejurus bekalan elektrik pulih dan Abdul Khalid mengekalkan kedudukan selesa dalam persaingan Timbalan Presiden.

Sementara itu, talian Care Line TNB memberitahu terdapat kejadian gangguan bekalan elektrik dalam jangkamasa seperti yang dinyatakan Johari sebelum ini.

“Kerosakan melibatkan sembilan jana kuasa bagi kawasan itu.

“Blok di mana terletaknya Hotel Media juga terlibat,” kata petugas terbabit ketika dihubungi Selangorkini.

EZY

Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: JPP nafi ‘kemenangan’ Azmin, minta Astro Awani perbetul laporan

KUALA LUMPUR 14 MEI: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul menafikan keputusan yang kononnya memenangkan pasukan Keadilan Raya.

Mengikut kenyataan media Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil malam ini, keputusan lengkap belum dikeluarkan, malah pemilihan di peringkat negeri belum lagi selesai.

Beliau berkata, Johari juga meminta laporan yang disiarkan laman web Astro Awani dengan memetik sumber dalaman, diperbetul.

kr

Mengikut laporan itu, penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali kononnya jauh mendahului pencabarnya dengan memperoleh 5,724 atau 46 peratus undi.

Pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilapor mendapat 10,851 (32 peratus) undi dan seorang lagi calon, Datuk Saifuddin Nasution 7,609 (22 peratus) undi.

Laporan itu dilihat digembar-gembur penyokong Azmin melalui media sosial petang tadi.

Categories
NASIONAL

Anwar: Tolak pemimpin rakus sanggup tipu pemilihan, politik wang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 10 MEI: Ahli PKR yang mengundi pada pusingan terakhir hari ini dan esok disaran menolak pemimpin yang rakus mengejar jawatan sehingga sanggup mengamalkan politik wang dan menipu dalam Pemilihan PKR 2014.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, memilih pemimpin sedemikian hanya merosakkan organisasi parti sekaligus mengkhinati perjuangan menentang kezaliman, rasuah dan penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

pemilihan 2014“Jadi kalau kita bersengkokol dengan cara sedemikian maka rakyat dan ahli-ahli mesti menolak.

“Kalau orang bagi, kamu sokong saya kerana habuan, maka kalau saudara terlibat dengan cara sedemikian saudara khianat dengan idealisme perjuangan.

“Caranya adalah dengan memastikan orang yang rakus tidak ikut peraturan, langgar tatasusila dan etika, itu mesti dijatuhkan dalam kepimpinan,” kata Anwar dalam ceramahnya di Majlis Makan Malam Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelab Diraja Selangor di sini, malam tadi.

Tambah beliau lagi, memilih pemimpin yang bersih merupakan tanggungjawab ahli PKR dalam pemilihan kali ini.

“Orang yang nak berhempas pulas memegang jawatan jangan lupa ramai yang terkorban, ramai yang sengsara kerana benci dgn kezaliman, benci dengan rasuah, benci dengan politik wang, benci dengan penipuan SPR, badan kehakiman.

“Kita harus ingat kerana ini adalah amanah,” kata Anwar lagi.

Jelas beliau lagi idealisme perjuangan bukanlah melibatkan isu beliau difitnah dan dipenjarakan pada 1998 tetapi merupakan matlamat perjuangan PKR.

“Dalam apa juga kerja kita, hiruk-pikuk perjuangan kita yang dikesalkan kita lupa idealisme perjuangan.

“Bukan soal Anwar, bukan soal 1998 tetapi idealisme ini untuk apa? Idealisme ini digerakkan dengan cara yang bagaimana?

“Kalau kita cakap idealisme perjuangan tetapi dengan cara bergaduh, tipu sana sini,” kata Anwar lagi.

Anwar turut mengingatkan jabatan yang menguruskan pemilihan agar telus ketika mengendalikan pemilihan kali ini.

Anwar turut menemplak sesetengah pihak yang berkempen bersungguh-sungguh dalam Pemilihan PKR 2014 tetapi tidak mempamerkan kesungguhan sama ketika berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

EZY

Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR, Tian Chua tarik diri tanding Timbalan Presiden

Oleh: Lizawati Madfa

KUALA LUMPUR 10 APRIL : Penyandang Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini secara rasmi mengumumkan beliau akan menarik diri daripada bertanding sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti kali ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu juga menyatakan pendirian untuk terus mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya ketika ini.

pemilihan-2014Bagaimanapun beliau menafikan akan menyebelahi mana-mana kumpulan dalam pemilihan parti yang akan berlangsung pada bulan hadapan.

“Saya sudah berjumpa dengan hampir semua calon timbalan dan terangkan misi dan visi saya dan saya yakin mereka (calon) faham dan mampu bawa.

“Oleh itu saya buat keputusan untuk hanya mempertahankan jawatan Naib Presiden,” katanya dalam satu sidang media khas hari ini.

Hadir sama memberikan sokongan moral ialah calon Timbalan Presiden, Datuk Saifudin Nasution Ismail yang juga Setiausaha Agung parti, bersama gandingan kumpulan ‘membina masa depan bersama’ iaitu Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli dan Fuziah Salleh.

Dengan penarikan diri Tian Chua, jawatan Timbalan Presiden bakal direbut secara lima penjuru di antara penyandang jawatan, Azmin Ali dengan Saifuddin serta calon lain; Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Datuk K Rama dan S. Murali.

Bagi mempertahankan jawatan Naib Presiden, Tian Chua bakal menghadapi tentangan daripada penyandang lain serta 12 calon lain termasuk Elizabeth Wong, Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

EZY