Categories
SELANGOR

Penstrukturan industri air, pertimbang tidak guna Akta WSIA

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 APRIL: Dua lagi syarikat konsesi dilaporkan berminat dengan tawaran Kerajaan Negeri berjumlah RM9.65 billion sebelum ini bagi mengambil alih industri air di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata dengan perkembangan terbaru itu Kerajaan Negeri kini dalam pertimbangan kemungkinan menolak pelaksanaan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA 114) 2006.

Katanya, jika semua syarikat konsesi air bersetuju dengan tawaran asal itu WSIA 114 mungkin tidak relevan lagi.

IMG_9996a“Nampak gayanya dua lagi syarikat konsesi mahu pertimbangkan tawaran sebelum ini, tetapi saya lebih suka WSIA 114 sebab lebih murah. Jadi, menteri perlu beri alasan kukuh kenapa saya mesti balik semula pada tawaran asal dan akan dipertimbangkan.

“Jika saya terima pada tawaran sebelum ini, mungkin tidak perlu WSIA 114 lagi,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Beliau enggan mendedahkan dua syarikat konsesi terbabit dan menyerahkan kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk mengumumkannya.

Pada 26 Februari lalu, Kerajaan Negeri menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Kerajaan Persekutuan bagi mengambil alih industri air di Selangor.

air-syabas_MB1Sebelum ini, hanya satu daripada empat syarikat konsesi bersetuju dengan tawaran Kerajaan Negeri iaitu ABASS sementara yang lain, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd dan Splash Sdn Bhd tidak bersetuju.

Selepas tawaran Kerajaan Negeri tamat akhir bulan lalu, Akta WSIA 114 dijangka terpaksa dikuatkuasakan bagi membolehkan penstrukturan semula industri air berjaya.

Jika WSIA berkuatkuasa, tawaran yang bakal diberikan kepada baki syarikat konsesi dijangka lebih rendah dan dapat menjimatkan wang Kerajaan Negeri sehingga RM2 billion.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.