Categories
SELANGOR

Penutupan jalan berperingkat di KM6.8 – KM7.3

SHAH ALAM 7 APRIL: Penutupan jalan berperingkat mulai 9 April (Rabu) hingga 6 Ogos 2014 (Rabu) akan dilakukan ekoran kerja pembinaan di KM6.8 hingga KM7.3 antara Klang ke Kuala Lumpur, di Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2)

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam satu kenyataan media menyatakan kerja itu bermula jam 11:00 malam sehingga 5:00 pagi.

LOGO-PKNSIa bagi membolehkan kerja pembinaan jambatan merentasi Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2) bagi persimpangan bertingkat baru berdekatan Plaza Tol Sungai Rasau dan Seksyen 7, Shah Alam.

Sehubungan itu PKNS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan oleh pihak PKNS dan berkuasa.

PKNS mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama penuh semua pelanggan lebuhraya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.