Categories
SELANGOR

Peruntukan Marris RM565 juta diguna sebaik mungkin pertingkat prasarana

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 10 APRIL : Peruntukkan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) akan digunakan secara optimum mulai tahun ini yang dijangkakan berlaku kenaikan sekitar 9.76 peratus menjadikan jumlah lebih RM565 juta.

Exco Belia, Sukan dan Insfrastruktur dan kemudahan awam, Dr Yunus Hairi berkata bagi tahun ini, Kerajaan Negeri mengganggarkan menerima peruntukan sebanyak RM565 juta daripada Persekutuan tahun ini bagi Sistem MARRIS bagi penyelenggaraan jalan raya di negeri ini.

dnsKatanya, Kerajaan Negeri menerima peruntukan MARRIS sejak 2009 lebih RM315 juta, 2010 (RM351 juta), 2011 (RM368 juta), 2012 (RM416 juta), 2013 (RM500 juta).

Beliau berkata agihan peruntukan itu merangkumi beberapa agensi termasuk tambahan sebanyak RM3 juta untuk setiap Dun kesuluruhan 56 Dun menjadikan jumlah bernilai RM168 juta.

“Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor pula akan mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM500,000 yang berjumlah RM4.5 juta.

“Jabatan Kerja Raaya (JKR) Selangor mendapat RM156 juta, peruntukan RM4 juta pula kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor.

“Manakala PBT pula menerima peruntukan sejumlah RM214.14 juta berdasarkan panjang jalan di PBT.

“Pelaksanaan agihan peruntukan MARRIS mengikut garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan pada tahun lalu sesuai dengan keputusan yang dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN),” katanya ketika ditemui di Lobi Dewan Annex, di sini.

Beliau berkata sebelum ini, tiada sebarang garis panduan yang dikeluarkan, namun pada tahun lalu, Kementerian Kewangan sudah mengeluarkan garis panduan penggunaan MARRIS.

Selain itu, beliau berkata memandangkan kerajaan negeri pada penggal ini menumpukan lebih kepada pembangunan desa, setiap Dun akan diperuntukan RM3 juta tambahan bagi projek penyelenggaraan jalan-jalan desa yang didaftarkan dengan sistem MARRIS online.

“Bagi penyelenggaraan jalan yang tidak mencapai piawaian minimum JKR dan tidak didaftarkan di dalam sistem MARRIS online, ia perlu dirujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah terlebih dahulu,” katanya.

Tambahnya, kuasa berbelanja diberikan kepada Datuk Bandar atau Yang di Pertua PBT atau Pegawai Daerah atau Pengarah JKR atau Pengarah JPS untuk melaksanakan projek Marris bagi 2014.

“Setiap senarai projek PBT, Pejabat Daerah, JKR dan JPS perlu disemak oleh jawatankuasa teknikal disahkan oleh jawatankuasa pentadbiran MARRIS sebelum perolehan dilaksanakan.

“Peruntukan itu nanti akan disalurkan bagi penyelenggaraan jalan di Selangor merangkumi jalan kerajaan negeri, jalan bandaran, jalan perumahan murah, jalan kampung, jalan pertanian dan lorong belakang,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.