Categories
NASIONAL

Pindaan Akta Pencegahan Jenayah mundur, bertentangan prinsip hak asasi

SHAH ALAM, 3 APRIL: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kesal dengan pelaksanaan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang dirangka Kerajaan Pusat tanpa rundingan dengan mereka.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam, berkata ia mula berkuatkuasa semalam (2 April) walaupun terdapat bantahan daripada pelbagai pihak berkepentingan terhadap ketidakpatuhan akta itu dengan prinsip hak asasi manusia.

Katanya, akta itu masih mundur dalam sifatnya dan tidak konsisten dengan prinsip hak asasi manusia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR).

hasmi agam suhakam“SUHAKAM bimbang berkenaan peruntukan itu apabila ia membenarkan penahanan tanpa bicara dan penafian hak individu untuk perwakilan undang-undang dan kepada perbicaraan yang adil serta hak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dalam perbicaraan terbuka mengikut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, adalah penting bagi Kerajaan Pusat untuk menterjemahkan jaminan itu ke dalam peruntukan undang-undang ke arah memastikan pelaksanaan akta yang efektif dan pemulihan bagi tahanan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Katanya, Kerajaan Pusat perlu menggunakan akta berkenaan sebagai pilihan terakhir.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.