Categories
SELANGOR

PR Selangor: Karpal pembela rakyat tertindas, pejuang isu ISA

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 17 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) menyifatkan mendiang Karpal Singh sebagai pemimpin politik dan pengamal perundangan yang gigih memperjuangkan isu rakyat termasuk tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Beliau bukan sahaja sebagai peguam disegani, bahkan seorang yang berprinsip untuk membela mereka yang tertindas dan berjaya bebaskan tahanan ISA,” katanya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

khairuddin othmanADUN PAYA Jaras, Mohd Khairuddin Othman (PAS) yang juga seorang pengamal undang-undang pula menyifatkan mendiang Karpal adalah individu yang mencipta banyak kes yang dijadikan penanda aras dalam institusi kehakiman negara.

“Kehilangan ini bukan saja dirasai oleh pengamal undang-undang tetapi saya percaya turut dirasai institusi kehakiman kita.

“PAS Selangor merakamkan takziah kepada keluarga mendiang dan juga DAP. Saya harap kita sabar dengan ujian ini kerana ia satu kehilangan besar kepada negara.

“Beliau seorang yang berpendirian tegas dan seorang yang menerima perbezaan pandangan,” kata Setiausaha Perhubungan PAS Selangor itu.

pc teng chang khimExco Kerajaan Tempatan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) menganggap pemergian mendiang suatu kehilangan yang besar kepada DAP.

“Amat sedih atas kehilangan pejuang demokrasi. Beliau sentiasa dalam kenangan DAP,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.