Categories
SELANGOR

Selangor sedia RM650,000 setahun laksana perkhidmatan bas percuma

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM 17 APR : Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memperuntukkan kos hingga RM650,000 setahun bagi melaksanakan perkhidmatan bas percuma.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Teng Chang Khim, berkata perbelanjaan yang diperuntukan juga berbeza bergantung kepada konsep pelaksanaan yang dipilih setiap PBT.

Katanya, setiap PBT boleh memilih sama ada melaksanakan inisiatif berkenaan dengan cara pembelian bas atau penyewaan secara kontrak dengan penyedia perkhidmatan bas sedia ada.

sidang dun 21-11-13 - 1“Kerajaan Negeri dan PBT perlu penelitian rapi kerana usaha ini menbabitkan perbelanjaan tinggi daripada segi kos dan pelaburan.

“Anggaran perbelanjaan merangkumi proses menyediakan bas iaitu secara pembelian atau penyewaan termasuk kos samping lain seperti kos pengurusan dan penyelenggaraan,” katanya di sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berkenaan kos pelaksanaan perkhidmatan bas percuma yang dijanjikan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Katanya, Sehingga kini, terdapat dua PBT yang melaksanakan perkhidmatan yang disebut sebagai bas komuniti iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

bas rapid kl stock gambar“Sementara itu, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sudah selesai melakukan kajian untuk tujuan pelaksanaan program berkenaan.

“Untuk MPSJ, mereka kini menanti kelulusan pihak berkuasa negeri sebelum melaksanakan program yang akan diluaskan secara berperingkat,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.