Categories
SELANGOR

Tender terbuka Langat 2, ADUN BN dicabar letak jawatan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Selangor dicabar untuk keluar Umno jika projek Langat 2 tidak dilaksanakan melalui tender terbuka.

ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali (PKR) berkata, langkah itu perlu dilakukan sebagai bukti ADUN Barisan Nasional (BN) memang mengambil berat soal kos projek berkenaan.

Katanya, wakil rakyat BN Selangor juga perlu menunjukkan ketegasan kepada Kerajaan Pusat berhubung pendirian berhubung kos terbuka.

04“Sungai Burong (BN-Datuk Shamsudin Lias) dan Permatang (BN-Sulaiman Abdul Razak) berhujah ingin jadi juara kos, kali pertama Umno ambil berat pasal kos.

“Tetapi apakah mereka berani beritahu Kerajaan Pusat supaya sesiapa yang dianugerahkan tender untuk Langat 2 perlu melalui tender terbuka.

“Berani bagi jaminan, kalau tidak buat macamana? Ingin keluar Umno,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan menyokong usul yang dibawa ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berhubung pelaksanaan projek Langat 2.

Pada masa sama, Azmin turut mendesak wakil Umno supaya menggesa Kerajaan Pusat untuk tidak mengaklasifikasikan perjanjian projek Langat 2 di bawah Akta Rahsia Rasmi.

pembangkang kosong 01“Harap Ketua Pembangkang dapat desak Kerajaan Pusat jangan sorok tetapi bersikap terbuka dan telus serta tidak terikat dengan Akta Rahsia Rasmi.

“Ini hak setiap rakyat Selangor untuk tahu tender, kos dan segala butiran untuk memastikan tarif air tidak dinaikkan keterlaluan pada masa hadapan.

“Perlu ditegaskan, kami tidak menolak pembangunan tetapi mahu manfaatnya dibuat memberi kebaikan kepada rakyat, bukan kroni,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.