Categories
SELANGOR

30% aktiviti kutipan sampah, pembersihan awam ‘in house’ menjelang 2016

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menubuhkan jabatan baru bagi melicinkan pengurusan sisa pepejal di kawasan pentadbirannya selaras dengan saranan Kerajaan Negeri.

Datuk Bandar, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata jabatan baru yang dipanggil Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam itu akan ditubuhkan secara rasmi pada Julai hadapan.

Katanya, kertas cadangan penubuhan jabatan baru itu juga sudah dibentangkan ketika Mesyuarat Penuh MBSA bersama ahli majlis, semalam.

jaafar atan MBSA 01“Kini, Kerajaan Negeri juga buat keputusan menjelang tahun 2016, 30 peratus daripada aktiviti kutipan sampah domestik dan pembersihan awam perlu dibuat secara ‘in house’ oleh pihak berkuasa tempatan yang mampu seperti MBSA.

“Jadi, jika ada 100 kontraktor yang menyapu sampah, sapu longkang dan memotong rumput, maka 30 daripadanya mesti berada di bawah pentadbiran MBSA menjelang tahun 2016 nanti,” katanya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBSA sebelum menyertai satu sidang media berhubung Kejohanan Badminton Piala Foo Kok Keong.

Mengulas lanjut, Jaafar berkata, MBSA memperuntukkan kos tidak lebih RM1.5 juta bagi penubuhan jabatan baru itu selain memperkasakan fungsi jabatan sedia ada.

logo mbsa“Sebenarnya, jabatan baru ini tidak memerlukan ramai pegawai baru kerana fungsi program ini di bawah jabatan khidmat bandar dan jabatan taman.

“Jadi ada tugasan dua jabatan ini akan dikeluarkan bagi menyertai jabatan baru sementara jabatan sedia ada terus diperkasakan,” katanya.

Jaafar berkata, MBSA mempunyai enam buah kompektor dan dijangka bertambah lagi dua menjelang hujung tahun ini bagi melancarkan kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam sehingga kini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.