Categories
NASIONAL

5 peguam menang kes saman terhadap Polis, mahkamah arah bayar RM60,000 seorang

SHAH ALAM 23 MEI: Lima peguam hari ini menang kes saman ke atas Polis berikutan penahanan tidak sah pada 2009.

Keputusan itu dibacakan Hakim John Louis O Hara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Mereka adalah Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Syhaini Safwan dan Ravinder Singh Dhaliwall.

menangMereka ditahan polis ketika berada berdekatan Balai Polis Brickfields bagi mewakili 14 orang yang ditangkap semasa candlelight vigil diadakan di hadapan balai tersebut.

Semua mereka ditangkap ketika menjalankan tugas dan terpaksa tidur di dalam lokap semalaman lapor Keadilan Daily.

Mahkamah memerintahkan mereka dibayar gantirugi am RM15,000, gantirugi teruk dan teladan RM60,000 tiap seorang.

Keseluruhan kos untuk kelima-lima mereka adalah RM375,000. Peguam mewakili mereka adalah R Sivarasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.