Categories
SELANGOR

‘Go Green’ pupuk sikap pelihara alam sekitar

Oleh: Asri Sapfie

PUCHONG 23 MEI : Bagi menjadikan kawasan di persekitaran Puchong lebih cantik dan sihat, program ‘Go Green’ diperkenalkan yang bertujuan supaya masyarakat lebih arif dan peka untuk menjaga kebersihan persekitaran terutamanya di kawasan taman.

Adun Kinrara, Ng Sze Han berkata, program menanam pokok ini merupakan salah satu aktiviti yang diatur bagi menjayakan program ini.

IMG_2025 (2)aAntara program lain termasuk program kitar semula yang lebih menfokus kepada teori agar masyarakat dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan lebih berkesan.

Tambah beliau lagi, program ini dijalankan di seluruh kawasan perumahan di Puchong dan pihaknya akan memantau secara berterusan untuk memastikan program ini dijalankan secara aktif dan berkesan.

“Program ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada penduduk setempat dan mereka banyak menyuarakan pendapat dan cadangan bagi membantu memantapkan lagi program ini,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, antara cadangan yang boleh digunapakai serta-merta adalah dengan menanam lebih banyak pokok bagi tujuan mengindahkan lagi persekitaran setiap taman.

Pokok-pokok ini juga bertujuan bagi menggantikan pokok yang lama apabila akarnya yang besar menyebabkan kerosakan infrastruktur yang telah disediakan seperti trek joging dan sebagainya.

“Trek joging yang rosak ini bakal dibaikpulih di bawah peruntukan Adun dan lebih banyak kerusi akan disediakan bagi menambah keselesaan pengunjung taman terutama bagi golongan warga emas.” kata beliau.

Hadir sama dalam program menanam pokok ini adalah En George Yap selaku Ahli Majlis MPSJ dan pengerusi bagi jawatankuasa penduduk Zon 10.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.