Categories
NASIONAL

59,927 pengundi tentukan masa depan Teluk Intan hari ini

TELUK INTAN 31 MEI: Sebanyak 35 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 59,927 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Teluk Intan akan memilih anggota Parlimen baru hari ini yang menyaksikan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27 tahun bersaing dengan calon BN, Datuk Mah Siew Keong, 53 tahun.

prk teluk intanParlimen Teluk Intan meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

Semua pusat mengundi akan ditutup 5 petang ini, kecuali pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai Timah yang akan ditutup pada pukul 4 petang kerana mempunyai sedikit pengundi.

Penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Jalan Changkat Jong, di Teluk Intan.

Pada pengundian awal 27 Mei lalu, sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi keluar mengundi.

Sementara itu, cuaca di Teluk Intan cerah di sebelah pagi, dan diramalkan hujan sebelah petang, menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.