Categories
BERITA UTAMA

Khalid Samad: Analisa ringkas Keputusan PRK Teluk Intan

Pilihan Raya Kecil (PRK) sememangnya lebih sukar untuk PR berbanding Pilihan Raya Umum. Seluruh kekuatan BN/kerajaan akan ditumpukan kepada usaha memenangkan calon mereka di tempat yang kecil itu berbanding dengan PRU di mana kekuatan BN/kerajaan akan terpaksa diagihkan di seluruh Negara.

Itulah sebabnya mengapa secara umum, keputusan dan majoriti melalui PRK akan berkurangan bagi calon PR sekiranya dibandingkan dengan majoriti yang pernah diperolehi semasa PRU. Ini berlaku walaupun untuk DUN Kajang di Selangor sekalipun.

Politik wang, janji projek, kerahan terhadap pengundi yang biasanya tidak keluar dan sebagainya boleh dilakukan oleh pihak BN/kerajaan dengan lebih berkesan lagi.

dyana22Kedua, PRK ini secara dasarnya tidak akan mempunyai impak terhadap kerajaan yang memerintah. Walaupun sekiranya calon PR menang, pengundi faham bahawa BN tetap merupakan kerajaan yang memerintah.

Oleh itu pengundi akan memikirkan apakah yang terbaik yang mereka boleh capai melalui pilihan raya kecil ini dan sebahagian dari mereka menganggap bahawa memenangkan calon BN (mungkin) akan mampu mendatangkan pembangunan dan projek kerana BN adalah kerajaan. Oleh itu, janji untuk menjadikan Mah seorang Menteri amat bermakna bagi pengundi ini.
Cogan-kata ‘ubah’ tidak membawa erti yang sama seperti semasa PRU dan tidak mampu mendorong pengundi untuk mengundi Dyana. Ini di antara sebab mengapa jumlah keluar mengundi menurun berbanding PRU13.

Mereka, khususnya yang dari luar kawasan, tidak datang mengundi kerana tidak merasakan ianya sepenting PRU di mana soal menukar kerajaan merupakan matlamatnya.

Ketiga, dalam kes Teluk Intan, DAP telah meletakkan seorang calon ‘novice’ iaitu orang baru, untuk bertanding lawan seorang veteran yang merupakan Presiden Gerakan.

Ada yang menganggap sekiranya Presiden Gerakan kalah dengan Dyana, seorang novice, setelah kalah dua kali sebelum ini, ianya akan merupakan sesuatu yang amat memalukan. Maka atas perasaan ingin menjaga air muka Presiden Gerakan, mereka mengundi beliau.

Keempat, calon BN adalah orang tempatan. Dia sudah lama bergiat di Teluk Intan, pernah menjadi ADUN dan juga MP sedangkan calon DAP adalah orang luar, baru sahaja ingin bertanding dalam pilihan raya, tidak dikenali dan dilihat sebagai orang ‘luar’.

Pengundi tidak mampu mengenali beliau dalam tempoh yang sebegitu singkat dan media pula menonjolkan aspek sampingan berhubung calon tersebut. Propaganda negatif, seperti berbikini, minum arak dan memeluk anjing, juga mampu menimbulkan keraguan terhadap calon kerana beliau tidak dikenali oleh orang tempatan.

Kelima, calon BN telah mendapat sokongan padu dari jentera UMNO/kerajaan yang tidak hiraukan isu agama (hudud) mahupun bangsa (bukan Melayu). Walaupun Mah dari Gerakan, parti yang mengugut untuk mendakwa PAS sekiranya membawa usul hudud ke Parlimen, namun ia tidak menjadi isu kepada petugas UMNO.

Namun, ianya menjadi penghalang kepada petugas PAS apabila Dyana menyebut walaupun tidak menentang hudud tetapi tidak akan menyokong usul hudud yang akan dibawa Ahli Parlimen PAS.

Maka psy-war UMNO lebih berkesan di kalangan sebahagian petugas PAS berbanding arahan Presiden sendiri. Begitu juga, DAP menghadapi sedikit masalah dalaman apabila Dyana dicalonkan kerana DAP Teluk Intan pada asalnya mempunyai calon lain. Walaupun ianya dapat diatasi kemudiannya tetapi masa terbuang pada peringkat awal tempoh berkempen.

Dengan segala halangan seperti di atas, pencapaian Dyana tetap boleh dibanggakan. Jumlah 238 bukan sesuatu yang boleh dibanggakan BN lebih-lebih lagi bagi seorang Presiden parti yang bertanding lawan seorang novice.

Dyana telah memperlihatkan keberanian, kematangan dalam menangani segala cabaran sebagai calon DAP dan saya yakin beliau mempunyai masa depan cerah dalam politik Malaysia.

DAP pula telah membuktikan, sekali lagi, ianya sebuah parti yang tidak mementingkan bangsa calonnya tetapi prinsip dan dasar perjuangan.

DAP memperlihatkan kesungguhan kepada usaha memecahkan dakyah BN bahawa mereka parti chauvanis Cina dengan membangunkan kepimpinan Melayu muda di kalangan ahli mereka. Usaha seperti ini harus dipuji.

Dakwaan bahawa pengundi Cina sudah kembali kepada BN pada saya juga tidak mempunyai asas yang kukuh. Sebenarnya kesimpulan tidak boleh dibuat berhubung ‘peralihan sokongan pengundi’ berdasarkan PR kecil ini kerana keputusan PRk ini tidak boleh dibandingkan dengan keputusan PRU 13 kerana terlalu banyak perbezaan.

Perbezaan dari segi jumlah keluar mengundi yang menurun dari 80% ke 67% dan faktor calon serta suasana yang berbeza dengan suasana PRU adalah perkara yang perlu diambil kira.

Oleh itu bagi mereka yang ingin mendakwa, “pilihan raya kecil Teluk Intan membuktikan orang Cina telah kembali menyokong BN”, sila imbas kembali seminggu sebelum itu yang menyaksikan BN langsung tidak berani walaupun untuk meletakkan calon di Bukit Gelugor!

* KHALID SAMAD adalah Ahli Parlimen Shah Alam

Categories
NASIONAL

Walaupun kalah, DAP terus ketengahkan calon Melayu

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 2 JUN: DAP sedia meletakkan calon Melayu dalam mana-mana pilihan raya walaupun calon Melayu mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud tewas tipis kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong di Parlimen yang majoriti pengundi Cina itu.

Ketua Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, DAP lebih mementingkan calon yang mampu berkhidmat kepada masyarakat dengan mendukung imej dan prinsip perjuangan parti yang mementingkan keharmonian masyarakat negara ini.

TELUKINTANDYANA_200514_TMIAFIF_016_yammy_540_360_100“DAP tidak pernah menentang atau menghalang calon daripada kalangan bukan Cina dalam DAP. Kita ada ramai wakil rakyat India dan kita juga ada dua Ahli Parlimen Melayu.

“Bagaimanapun dalam PRK pencalonan calon Melayu di kawasan majoriti Cina dengan mudah menjadi tumpuan. Keadaan ini menjadi perhatian utama serangan dan manipulasi oleh BN

“Selepas ini kalau ada pencalonan yang sesuai dari kalangan aktivis DAP kita akan ketengahkan. Kita tidak kira bangsa asalkan dapat mendukung imej dan prinsip perjuangan parti dan berkerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Pua ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

tony-puaKata Pua, masyarakat negara ini juga perlu dididik menerima politik berteraskan nilai dan menolak politik perkauman yang menjadi senjata utama BN untuk mengekalkan kuasa mereka.

Dalam PRK Parlimen Teluk Intan yang berlangsung 31 Mei, menyaksikan BN dilihat ‘berjaya’ memanipulasi politik perkauman dengan mesej berbeza bagi meningkatkan undi di kawasan majoriti Melayu dan juga kawasan majoriti Cina.

Di kawasan majoriti pengundi Cina BN menekankan mesej ‘undi Cina untuk Cina’ tetapi sebaliknya membawa mesej ‘Melayu harus menolak DAP’ di kawasan majoriti Melayu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya menewaskan DAP dengan majoriti 238 undi selepas memperolehi 20,157 undi berbanding DAP dengan 19,919 undi dan 543 undi rosak.

Dalam PRK kali ini juga menyaksikan peratusan keluar mengundi yang rendah, 66.67 peratus berbanding PRU-13 sebanyak 80.7 peratus.

EZY

Categories
NASIONAL

Tony: 3 faktor DAP tewas, Dyana bukan penyebab

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 JUN: Peratusan pengundi luar balik mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan salah satu daripada tiga faktor utama DAP tidak dapat mempertahankan kerusi yang dimenanginya.

Ketua Publisiti DAP, Tony Pua berkata, keputusan PRK Teluk Intan yang tidak akan mengubah kerajaan pusat dan tawaran Barisan Nasional meletakkan Menteri di kawasan parlimen terbabit juga merupakan faktor yang diambil kira pengundi dalam PRK kali ini.

dyana22“Pengundi melihat PRK tidak sepenting seperti mana PRU, apabila sebarang keputusan tidak akan mengubah kerajaan.

“Maka disebabkan itu peratusan pengundi luar balik kampung untuk mengundi sangat rendah.

“Pengundi juga berpendapat oleh kerana tidak boleh ubah kerajaan, jadi mereka rasa apa salahnya dapatkan seorang menteri di Teluk Intan,” kata Pua ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Jelas Pua lagi, kempen BN untuk melantik calon BN, Datuk Mah Siew Keong itu lebih menambat hati pengundi tua berbanding pengundi muda.

Pua juga memberitahu, kempen perkauman yang dimainkan BN juga menjadi faktor kemenangan tipis BN.

tony-puaKatanya BN dalam kempen mereka turut menekankan mesej undi Cina untuk Cina yang berjaya mempengaruhi sesetengah pengundi.

Manakala ketika berkempen di kawasan majoriti Melayu, BN dilihat berjaya memesongkan kempen mereka dengan menekankan kononnya DAP sebuah parti Cina yang harus ditolak masyarakat Melayu.

“Keputusan meletakkan calon anak muda Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud bukanlah faktor utama kekalahan DAP,” kata Pua lagi.

PRK Teluk Intan yang berlangsung semalam menyaksikan BN berjaya dengan majoriti amat tipis sebanyak 238 undi.

Mah yang mewakili BN memperolehi 20,157, manakala Dyana dari DAP memungut 19,919 undi dan 543 undi rosak.

Dalam PRK kali ini juga menyaksikan peratusan keluar mengundi yang rendah, 66.67 peratus berbanding PRU-13 sebanyak 80.7 peratus.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Kaji keputusan PRK Teluk Intan, DAP sudah buat terbaik

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 1 JUN: DAP sudah memainkan peranan dan tugas dengan cara terbaik dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan biarpun Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti amat tipis bagi mempertahan kerusi itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata faktor pengundi luar kawasan yang tidak mengundi merupakan antara punca DAP tidak dapat mempertahankan kerusi itu yang memerlukan kajian mendalam.

Abdul Khalid berkata kegagalan itu juga disebabkan manifesto dan janji yang ditawarkan oleh Kerajaan Pusat menyebabkan pengundi memilih calon daripada BN.

dyana12“Walaupun baru setahunnya berlangsungnya PRU-13, disebabkan kerana pengundi yang tinggal di luar kawasan tidak pulang dan cara promosi calon BN, ia tidak berpihak kepada DAP.

“Dalam PRK ini ada sokongan kuat dari Kerajaan Pusat untuk mempromosikan dan memujuk pengundi untuk memilih calon BN,” katanya dalam sidang media di Dewan Jubli Perak selepas merasmikan kursus perdana Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (SEROJA), di sini.

Abdul Khalid berkata, namun apa yang positifnya adalah peningkatan sokongan kaum Melayu dalam memberikan undi kepada calon DAP.

“Ada persamaan dengan PRK Kajang, saya merupakan Pengarah pilihan raya PKR, penglibatan komuniti Cina kurang.

MB“Seperti di Kajang, ada sikap selesa antara pengundi Cina di Teluk Intan kerana keputusan tiada kesan besar pada status quo, PRK ini bukan penting dan mereka enggan pulang melaksanakan tanggungjawab,” katanya.

Dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan semalam, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong memenangi pilihanraya itu apabila mendapat 20,157 undi berbanding calon DAP, Dyana Sofya yang mendapat 19,919 undi, memberikannya majoriti tipis iaitu sebanyak 238 undi.

Pada PRK itu, peratusan keluar mengundi adalah rendah iaitu sebanyak 66.67 atau 40,236 pengundi termasuk pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi tidak hadir berbanding 80.7 peratus pada Pilihanraya Umum ke 13 lepas.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Seah pada PRU 13 menang dengan majoriti 7,313 undi apabila memperoleh 27,399 undi sementara calon BN, Mah mendapat 20,086 undi manakala calon bebas, Moralingam Kannan mendapat 279 undi.

EZY

Categories
NASIONAL

PRK Teluk Intan: BN anggap kangkung ‘senjata bahaya’

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 31 MEI: DAP menyeru orang ramai mengelakkan daripada menggunakan kangkung ketika kempen dihari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang berlangsung hari ini.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata ini berikutan penyokong Barisan Nasional (BN) mengklasfikasikan sayur kangkung merupakan ‘senjata bahaya’ yang perlu dilarang, khususnya di Pusat Pengundian Kampung Bahagia, Teluk Intan.

Kangkung3 (1)“Mereka bukan saja fobia dengan kangkung, malah sudah mencapai melihat kangkung sebagai senjata bahaya dan perlu dihentikan.

“Jadi kami seru penyokong Pakatan Rakyat (PR) hentikan bawa kangkung kerana mencetuskan kemarahan penyokong BN dalam PRK kali ini supaya dapat mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” kata Nie Ching ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Nie Ching turut berharap BN menasihati ahli-ahlinya agar tidak melakukan provokasi perkauman dan berkempen secara tidak sihat dengan menyamar sebagai ahli DAP bagi meraih sokongan ‘undi Cina untuk Cina’.

Sebelum ini dalam mana-mana pilihan raya umum dan PRK, penyokong BN sering dilihat tidak terkawal dengan gelagat samseng dan melakukan pelbagai provokasi terhadap penyokong lawan.

Antaranya bertindak biadap terhadap calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ketika beliau menjalankan kempen di satu tapak pasar malam baru-baru ini.

EZY

Categories
NASIONAL

Dyana Sofya: Ahli Parlimen pakai baju logo BN masuk pusat mengundi

TELUK INTAN 31 MEI: Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini memaklumkan bahawa ahli Parlimen Pasir Salak daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Tajuddin Abdul Rahman memasuki pusat mengundi memakai baju berlogo BN.

Dyana berkata kejadian itu berlaku ketika beliau membuat lawatan ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia hari ini.

10423944_10152410718449192_800702464558639907_n“Kita ada gambar dan pengawal keselamatan sekolah di sini boleh sahkan. Ahli Parlimen Pasir Salak memakai baju penuh dengan dacing melawat pusat mengundi.

“Dengan lambang begitu sememangnya tidak boleh melepasi pagar,” katanya dipetik The Malaysian Insider.

Menurut Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) sebanyak 52.21 peratus atau lebih 31,200 daripada hampir 60 ribu pengundi telah keluar mengundi sehingga pukul 2 petang ini.

EZY

Categories
NASIONAL

PRK Teluk Intan: Penyokong BN menyamar jadi DAP, tindakan terdesak

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 31 MEI: DAP kesal wujudnya pihak menyamar sebagai ahli DAP di beberapa pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan bagi meraih undi bagi pihak Barisan Nasional (BN).

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata, kejadian yang berlaku di pusat mengundi majoriti pengundi Cina itu dipercayai dilakukan penyokong BN sendiri yang memakai pakaian merah iaitu warna yang sinonim dengan DAP.

PRK intan“Kami dah kenal pasti mereka bukan ahli DAP tetapi ada ahli kumpulan yang mengenakan baju merah itu mendakwa mereka dari DAP dan meminta pengundi Cina undi calon Cina bagi mengelirukan pengundi khususnya penyokong Pakatan Rakyat (PR).

“Kita tahu BN meletakkan calon berbangsa Cina dan ini bermakna mereka berkempen untuk memenangkan BN. Mereka sepatutnya berkempen secara sihat, bukan dengan menyamar seperti ini,” kata Nie Ching ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Kata Nie Ching lagi, tindakan ini membuktikan BN semakin terdesak dan masih lagi tersepit dalam politik perkauman bagi meraih kepercayaan pengundi dalam PRK Teluk Intan kali ini.

“DAP dan PR berusaha menyemai politik sihat yang tidak berasaskan perkauman dan kalau kita lihat DAP sendiri meletakkan calon seorang anak muda Melayu di Teluk Intan yang majoriti pengundinya Cina tetapi BN masih lagi terperangkap dalam mentaliti lama,” kata Nie Ching lagi.

Sementara itu mengulas hanya 40.13 peratus jumlah pengundi yang keluar mengundi setakat jam 12.00 tengah hari tadi, Nie Ching menyeru agar pengundi yang belum mengundi dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebelum pusat pengundian ditutup jam 5.00 petang nanti.

Parlimen Teluk Intan mempunyai seramai 60,483 orang pengundi meliputi Cina, 42 peratus; Melayu, 38 peratus dan diikuti India sebanyak 19 peratus.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 2 petang sebanyak 52.21 peratus atau 31,286 daripada 59,927 pengundi telah keluar mengundi.

EZY

Categories
NASIONAL

PRK Teluk Intan: 40.13 peratus keluar mengundi sehingga tengah hari

TELUK INTAN 31 MEI : Sebanyak 40.13 peratus atau 24,050 daripada 59,927 pengundi keluar mengundi sehingga 12 tengah hari ini, demikian menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi berdaftar di Parlimen Teluk Intan adalah seramai 60,483 orang dan 421 pengundi awal membuang undi pada 29 Mei lalu.

Pengundi Cina meliputi 42 peratus daripada jumlah pengundi sementara pengundi Melayu pula adalah sebanyak 38 peratus dan pengundi India seramai 19 peratus.

prk teluk intanSebanyak 37 buah pusat mengundi akan dibuka dan proses membuang undi akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Proses mengira undi akan diadakan di SMK Abdul Rahman Talib bermula pada jam 5 petang dan jika segalanya lancar, keputusan rasmi dijangka bakal diumumkan pada jam 9 malam.

Parlimen Teluk Intan meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

Dalam pengundian awal 27 Mei lepas, sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi keluar mengundi.

Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mampu mencecah 80 peratus, sama seperti peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau juga menjangkakan keputusan PRK Parlimen Teluk Intan dapat diumumkan seawal pukul 9 malam.

Categories
NASIONAL

59,927 pengundi tentukan masa depan Teluk Intan hari ini

TELUK INTAN 31 MEI: Sebanyak 35 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 59,927 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Teluk Intan akan memilih anggota Parlimen baru hari ini yang menyaksikan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27 tahun bersaing dengan calon BN, Datuk Mah Siew Keong, 53 tahun.

prk teluk intanParlimen Teluk Intan meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

Semua pusat mengundi akan ditutup 5 petang ini, kecuali pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai Timah yang akan ditutup pada pukul 4 petang kerana mempunyai sedikit pengundi.

Penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Jalan Changkat Jong, di Teluk Intan.

Pada pengundian awal 27 Mei lalu, sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi keluar mengundi.

Sementara itu, cuaca di Teluk Intan cerah di sebelah pagi, dan diramalkan hujan sebelah petang, menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia.

EZY

Categories
NASIONAL

Jawatan menteri, Najib sekadar umpan pengundi

KUALA LUMPUR, 30 MEI: PAS menyifatkan janji jawatan kabinet kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong jika menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sebagai tindakan terdesak Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata janji yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu tidak lebih sekadar mahu mengumpan pengundi.

“Ini tindakan terdesak Najib untuk mengumpan di saat akhir bagi selamatkan parti yang sudah lumpuh di persada politik negara.

salahuddin white 01“Jangan terpedaya dengan taktik beliau itu,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

Salahuddin yang juga Pengarah Induk PAS PRK Teluk Intan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib berhubung tawaran itu.

Najib ketika bercakap kepada pemberita di Beijing semalam (29 Mei)berkata, Siew Keong akan dilantik sebagai menteri kabinet jika menang pada PRK itu.

Mengulas lanjut, Salahudin mempersoal, kenapa ketika dua penggal menjadi Ahli Parlimen sebelum ini beliau tidak dilantik menjadi menteri, jika Siew Keong memang berwibawa dan penting pada BN.

NEWS“Apa yang kita nampak, tawaran ini bukan atas kewibawaan Siew Keong, tetapi mahu memancing undi dan menyelamatkan nyawa Gerakan,” katanya.

Siew Keong sebelum ini menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal selepas menang kali pertama pada Pilihan Raya Umum 1999 dan mengekalkan kemenangan pada PRU 2004 sebelum tewas pada PRU 2008 dan 2013.

Categories
SELANGOR

DAP sedia perkhidmatan bas untuk pengundi PRK Teluk Intan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 28 MEI: DAP akan menyediakan perkhidmatan bas dari Lembah Klang ke kawasan mengundi di Teluk Intan bagi memudahkan serta menggalakkan orang ramai untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan, 31 Mei ini.

Pengundi berdaftar yang berminat dengan tawaran itu boleh berkumpul di stesen aliran transit ringan (LRT) Bukit Jalil dan Kelana Jaya dengan waktu berlepas adalah pada jam 7.00, 8.00 dan 9.00 malam, pada 30 Mei ini.

Perjalanan pulang ke Lembang Klang dijadualkan jam 6.00 petang (31 Mei), manakala waktu pulang untuk hari Ahad masih belum ditentukan.

prk teluk intanMereka yang berminat hanya dikenakan bayaran pergi dan balik RM10 seorang dan boleh menghubungi pihak penyelia, Chee Fu Yue di talian 017-2327929 untuk membuat tempahan.

PRK Teluk Intan akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong selepas kematian Ahli Parlimennya, Seah Leong Peng kerana penyakit barah.

Leong Peng dilantik menjadi Ahli Parlimen penggal pertama selepas memenangi kerusi Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menewaskan Siew Keong dengan majoriti 7,313 undi dalam perebutan tiga penjuru.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Ibu Dyana Sofya: “Saya isytihar keluar Perkasa, tak selari objektif”

TELUK INTAN 27 MEI: Yammy Samat hari ini secara rasmi mengumumkan keluar daripada pertubuhan pendesak Melayu, Perkasa kerana menganggap pertubuhan itu tidak lagi selari dengan objektifnya.

Ibu kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu berkata beliau bukan ketua wanita Perkasa pertama seperti yang pernah dihebahkan, sebaliknya Raihan Sulaiman Palestin yang pernah bertanding merebut jawatan ketua wanita Umno.

TELUKINTANDYANA_200514_TMIAFIF_016_yammy_540_360_100“Tidak. Saya tidak pernah menjadi ketua wanita Perkasa. Ketua wanita Perkasa ialah Raihan Sulaiman Palestin yang berlawan ketua wanita (Umno) baru ini. Kamu boleh tanya dia.

“Saya tidak pernah jadi ketua wanita Perkasa. Jawatankuasa penaja betul. Sudah lama saya tinggalkan Perkasa, setahun lebih.

“Saya masih ahli Perkasa tetapi dalam keadaan begini, saya isytiharkan saya keluar,” katanya pada satu sidang media di Bilik Gerakan DAP di Teluk Intan hari ini dipetik Malaysian Insider.