Categories
SELANGOR

Abdul Khalid luang masa sambut Hari Wesak bersama penduduk Cheras

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Dalam kesibukan jadual hariannya sebagai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkesempatan hadir ke majlis pengagihan barang keperluan kepada warga kurang berkemampuan sempena Hari Wesak, semalam.

Beliau menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada kira-kira 70 orang warga kurang bernasib baik bertempat di Pertubuhan Penganut Buddha, Taman Ikan Emas, Cheras, di sini.

DSC_2128Kehadiran beliau disambut mesra hadirin yang mengambil peluang bersalam dan bergambar dengannya yang kini juga sibuk berkempen bagi mememenangi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Hari Wesak adalah hari agama Buddha lahir dan juga hari agama Buddha dapat ‘enlightenment’.

“Untuk mereka yang beragama Buddha, saya ingin ucapkan selamat menyambut Hari Wesak,” katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menyumbangkan RM10,000 bagi menjayakan program berkenaan.

DSC_2177Selain penyampaian sumbangan, beliau dan hadirin turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan termasuk tarian kanak-kanak.

Selesai majlis, Abdul Khalid juga berkesempatan melawat serta meninjau insiden pokok tumbang yang mengakibatkan kerosakan kereta penduduk di Flat Sri Johor, Bandar Tun Razak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.