Categories
SELANGOR

Abdul Khalid yakin menang jawatan Timbalan Presiden PKR

Oleh: NORHAYATI UMOR

BESTARI JAYA, 5 MEI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin akan memenangi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti 2014 walaupun ketika ini ketinggalan berbanding dua pencabarnya.

Abdul Khalid berkata, beliau mungkin akan dapat mengejar undian bagi jawatan itu dalam proses pengundian di Selangor, pada 11 Mei ini.

“Sudah tentu di Selangor saya akan mendapat lebih undian kerana mempunyai ahli yang ramai iaitu 170,000 orang.

khalid dun 5“Sebab itu saya yakin menang. Saya yakin dan kerana itu saya bertanding,” katanya selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah kepada peneroka di Kampung Sungai Darah, di sini, semalam.

Mengulas berkenaan isu penipuan dalam proses pemilihan, Abdul Khalid berkata, pihaknya menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk membuat tindakan lanjut.

“Perkara itu kita kena atasi. Buat masa ini, biar JPP yang kendalikan, saya tidak perlu komen.

“Sebab kita sudah serahkan kuasa dan kerja itu kepada JPP, jadi biar mereka laksanakan tanggungjawab berkenaan,” katanya.

Selain itu, Abdul Khalid turut yakin akan mengekalkan kerusi Ketua Cabang Kuala Selangor.

pemilihan 2014“Mesyuarat agung cabang sudah berlangsung pagi tadi (semalam) dan ia dalam keadaan harmoni dan terkawal,” katanya.

Sehingga 2 Mei lalu, penyandang bagi jawatan itu, Azmin Ali mendapat 5,111 undi diikuti Datuk Saifuddin Nasution (2,322) undi dan Abdul Khalid sebanyak 2,288 undi.

Minggu pertama pengundian berakhir 27 April lalu membabitkan pemilihan di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Johor dan Melaka.

Proses pengundian disambung pada 2 Mei lalu di Perlis, Kedah dan Sabah diikuti Pulau Pinang, Perak serta Sabah (4 Mei).

Manakala Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan (10 Mei) dan Selangor (11 Mei).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.