Categories
NASIONAL

Anwar: Umno berhati busuk, tambah 10 tahun penjara

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 1 MEI: Pendakwa Raya dalam kes fitnah 2 yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai akan memohon hukuman ke atas beliau ditambah dari lima ke 10 tahun.

Anwar berkata, perkara itu diketahui beliau melalui satu sumber yang beliau tidak sebutkan.

a15“Saya mendapat maklumat mereka akan mohon supaya hukuman penjara ke atas saya ditambah dari lima ke 10 tahun.

“Inilah dia Umno berhati busuk, lima tahun pun masih tak puas hati. Gunakan pula institusi kehakiman,” kata Anwar dihadapan kira-kira lebih 50,000 perserta perhimpunan aman, Perhimpunan 1 Mei 2014 di Dataran Merdeka, di sini.

Kata Anwar lagi, nasib sama turut dialami mendiang Karpal Singh yang dijatuhkan hukuman penjara sebelum ini atas tuduhan hasutan dalam krisis Perlembagaan Perak.

“Karpal pejuang gigih bela nasib rakyat, berkerusi roda pun Umno tak berhati perut tak berpuas hati,” kata Anwar lagi.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menyeru orang ramai hadir pada perbicaraan kes fitnah 2 di Mahkamah Persekutuan nanti.

Menyentuh isu hutang negara yang semakin membengkak, Saifuddin berkata hutang di era Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melebihi jumlah keseluruhan hutang negara diera Tunku Abd Rahman hingga ke Tun Abdullah Badawi.

Sementara itu beliau turut menyifatkan kejayaan perhimpunan ini dijalankan dengan aman disebabkan tiada tindakan provokasi pihak polis dengan menembak gas pemedih mata dan semburan air kimia.

Lihat Video

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.