Categories
NASIONAL

Himpunan 1 Mei: Tahniah kebangkitan rakyat, lawan sampai BN tersungkur – Anwar

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 1 MEI: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji rakyat yang berani hadir membantah pelaksanaan GST dengan menggesa  agar meneruskan usaha menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) yang merosakkan sistem pentadbiran, ekonomi dan kehakiman negara.

Anwar berkata kebangkitan rakyat hari ini bukan pengakhiran tetapi akan diteruskan selepas ini sehingga BN tersungkur.

bantah gst1“Sistem negara kita semakin bobrok, rosak. Kita nak tunggu satu pilihan raya yang bersih diadakan tetapi tidak akan dapat.

“Oleh yang demikian kita tak boleh tunggu pilihan raya lagi tetapi kita mesti bersihkan sistem yang rosak sekarang,” kata Anwar ketika berucap dihadapan kira-kira lebih 50,000 perserta perhimpunan aman, Perhimpunan 1 Mei 2014 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Kata Anwar lagi, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan kerajaan boros dan mengambil jalan mudah melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menekan rakyat.

Anwar turut menemplak media arus perdana yang beliau jangka akan melaporkan kononnya perhimpunan anti GST ini tidak mendapat sambutan rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru rakyat negara meneruskan tekanan dengan hadir dalam demontrasi seperti ini agar kerajaan membatalkan hasrat melaksanakan GST.

himpunan12“Sebelum ini kita dah buktikan kejayaan, bila kita buat demo tolak Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PSSMI) mereka batalkan, begitu juga Anti ISA, mereka hapuskan akta.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kalau kamu terus tipu pilihan raya, rakyat akan kepung pejabat kamu tidak lama lagi.

“Mereka memerintah bukan setakat Altantuya hilang, bukan setakat enjin kapal terbang hilang tetapi kapal terbang juga hilang,” kata Mohamad Sabu.

sejarahAhli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali pula menyeru rakyat Malaysia bersedia untuk bangkit bagi menghalang Anwar dipenjarakan buat kali kedua.

“Kita kena bersedia bangkit kalau Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tidak adil sengaja untuk memenjarakan Anwar.

“Mereka bukan sahaja tidak adil kepada Anwar tetapi merosakkan institusi kehakiman negara. Mereka bertindak demikian kerana takut dgn Anwar Ibrahim,” ujar beliau.

Lihat Video

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.