Categories
NASIONAL

BERSIH: Muhyiddin cuba semarak protes ganas, anggap tindakan Pemuda Umno normal

 

SHAH ALAM, 25 MEI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus bertanggungjawab sepenuhnya jika protes ganas yang dilakukan anggota Pemuda Umno minggu lalu merebak.

maria chin bersihMemetik Malaysia Kini, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, berkata gabungan itu menyifatkan Muhyiddin menyemarakkan api dalam isu berkenaan.

“Kenyataannya bahawa samseng itu hanya mempertahankan maruah parti, ditambah pula dengan sikap acuh tidak acuh polis, menimbulkan persoalan jika sengaja dibuat untuk menjejaskan kestabilan negara dan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri,” katanya.

Akibat tidak puas hati dengan ungkapan celaka oleh wakil rakyat DAP, RSN Rayer pada pemimpin Umno, ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur dan pejabatnya di Kuantan menjadi mangsa perhimpunan ganas.

UMNO WP bantah DAP 1Di Kuala Lumpur, ancaman membakar ibu pejabat itu dibuat dan papan tandanya dirobohkan, manakala di Kuantan pula kelihatan beberapa individu menerajang pintu pejabat DAP kerana tidak puas hati.

MCA dan BN mengutuk tindakan itu, namun Muhyiddin sebelum ini berkata, ia hanya ‘reaksi semula jadi apabila dicabar’.

Beliau bagaimanapun berkata, peraturan perlu dihormati dan tidak harus dilanggar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.