Categories
NASIONAL

Cadbury: Umat Islam jangan ikut perasaan, keluar pandangan tidak masuk akal

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 MEI: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menasihati umat Islam supaya tidak terlalu mengikut perasaan dan mengeluarkan pandangan tidak masuk akal berhubung isu coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi.

Katanya, persepsi ‘babi itu haram’ menunjukkan tahap kelemahan mentaliti Melayu-Islam yang duduk di bawah pemerintahan Umno-BN sejak lebih 50 tahun.

“Soal sensitiviti jangan isu babi sahaja, banyak lagi benda haram seperti isu rasuah, penyelewengan, perkauman dan kezaliman yang langsung tiada sensitiviti dalam masyarakat,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

khalid samad white pc 011Katanya, Majlis Fatwa diberi tempoh masa sehingga tiga hari mengeluarkan kenyataan supaya kekeliruan itu dapat dihentikan.

“Kita minta alim ulama kalau ingin selamatkan imej Islam yang nampak sulit biar mereka memberikan kenyataan dalam soal ini.

“Jangan cepat bertindak atas emosi, NGO lain tidak perlu buat kenyataan mengarut,” katanya.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emiritius Tan Sri Dr Abd Shukor Husin dilaporkan berkata, pihaknya masih belum menjatuhkan sebarang hukum lagi terhadap dua produk Cadbury yang tercemar dengan DNA babi.

Abdul-Shukor-Husin-Majlis-Fatwa-Kebangsaan-MalaysiaBeliau berkata, keputusan itu berdasarkan belum ada penyelidikan yang dapat mengenal pasti sama ada DNA babi yang tercemar adalah asli atau sintetik dan sejauh mana tahap pencemarannya.

Katanya, keputusan muzakarah pada 2011 bahawa umat Islam diharuskan mengambil makanan dan minuman yang mengandungi bahan najis seperti DNA babi akibat daripada pencemaran yang tidak disengajakan atau tidak disedari adalah tidak terpakai kepada produk Cadbury.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.