Categories
SELANGOR

Diskaun RM20 kompaun letak kereta tertunggak sempena ‘Jom Bayar Kompaun’

SHAH ALAM, 8 MEI: Diskaun RM20 bagi bayaran setiap kompaun letak kereta tertunggak ditawarkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)sempena kempen Jom Bayar Kompaun, bermula 19 Mei hingga 30 Jun ini.

Pemangku Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussein, berkata orang ramai hanya perlu membayar RM30 sahaja bagi setiap kompaun dan ia adalah kesinambungan kempen kutipan kompaun yang dilaksanakan oleh MPAJ sejak 2013.

“Tawaran ini diberikan atas dasar MPAJ memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai kompaun terlalu banyak untuk menjelaskanbayaran tertunggak,” katanya dalam kenyataan, di sini, baru-baru ini.

mpajKatanya, MPAJ mengenakan kompaun RM50 untuk kesalahan trafik dan jumlah tunggakan kompaun tempat letak kereta MPAJ adalah RM1.5 juta, sejak tahun 2013 sehingga kini, .

Abdul Hamid berkata, MPAJ akan memulakan tindakan mahkamah dan perintah waran tangkap terhadap pesalah letak kereta yang masih belum menjelaskan kompaun tertunggak, selepas kempen itu tamat.

“Tindakan ini perlu diambil memandangkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan yang dikompaun tidak memandang serius terhadap kompaun yang dikenakan MPAJ,” katanya.

Semakan dan bayaran kompaun boleh dibuat di lobi tingkat 4, Menara MPAJ, kaunter bergerak MPAJ dan pejabat cawangan MPAJ, Taman Melawati, manakala bayaran secara dalam talian boleh dibuat melalui http://icomm.mpaj.gov.my.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.