Categories
NASIONAL

Dyana: BN gagal bina sekolah tiba-tiba janji bina universiti

TELUK INTAN 26 MEI: Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji Kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan.

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DAP Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berkata, projek Sekolah Menengah Kampung Bahagia sehingga kini menjadi tanya walaupun peruntukan telah diberi pada tahun 2012.

DSC9261-650x400Katanya, sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan.

Sebaliknya calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen.

“Baru-baru ini BN telah melancarkan sebuah lebuhraya dengan kos RM5 bilion dan berjanji untuk menaik taraf kemudahan jalur lebar jika mereka menang.

“Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan projek sekolah di Kampung Bahagia?

“Peruntukan telah diberikan sebanyak RM27 juta pada tahun 2012. Sehingga kini papan tanda pun tidak ada,” katanya dipetik Roketkini.

Menurut Dyana, pada 2013, mendiang Seah Leong Peng telah membangkitkannya di Parlimen.

Katanya, pihak kerajaan berjanji akan menyiapkannya tahun ini.

“Kita mahu tanya, bila nak buat yang ni dulu?, sibuk umum pelbagai projek, tapi yang lain terbengkalai,” kata beliau.

Pada 11 Februari 2012 Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan RM27 juta untuk pembinaan sekolah itu termasuk pelbagai projek naik taraf di daerah Hilir Perak.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.