Categories
SELANGOR

Haikal: “Saya nak jadi polis, tunaikan cita-cita ayah”

Oleh : Lizawati Madfa

KUALA LUMPUR 27 MEI : Bergelar abang sulung kepada adik-adik yang masih kecil menjadikan semangat Mohd Haikal Jefri 16, semakin menebal untuk berjaya.

Beliau yang masih bersekolah di tingkatan empat bercita-cita menjadi seorang inspektor polis selepas tamat pengajian di universiti kelak.

g3Katanya, kerjaya itu merupakan cita-cita ayahnya yang tidak berjaya dicapai sepanjang beliau masih hidup sebelum ini.

“Saya akan jaga adik-adik saya, saya tidak mahu berpisah dengan mereka jadi saya sedar saya kena belajar bersungguh-sungguh dan perlu cemerlang.

“Saya mahu jadi polis sebab itu cita-cita ayah yang tidak pernah dia capai.

“Ayah pasti bangga kalau saya dapat jadi polis, saya mahu berjaya bergelar polis satu hari nanti,” katanya sebak mengenang arwah bapanya.

Terdahulu, Haikal serta empat adik-adik yang berusia antara 14 hingga tiga tahun menerima kunjungan Menteri Besar yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

MBJumaat lepas, Haikal serta adik-adiknya bergelar yatim piatu apabila ibu bapa mereka terlibat dalam satu kemalangan maut di Jalan Loke Yew.

Cerita malang mereka turut menarik perhatian seorang suri rumah daripada Johor Bahru yang hanya mahu dikenali sebagai Zana untuk hadir berkunjung di kediaman lima beradik di sini.

“Saya bawa anak saya naik bas, naik LRT (Transit Aliran Ringan) untuk datang ke sini lihat sendiri kisah lima beradik ini.

“Bukan setakat untuk kita bersimpati, saya juga mahu anak belajar menghargai nilai kemanusiaan yang perlu setiap kita terapkan dalam diri, hidup ini bukan hanya ada kita sahaja kerana kita semua bersaudara,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.