Categories
NASIONAL

Himpunan 1 Mei: Satu kejayaan rakyat, kata Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 1 MEI: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata Himpunan 1 Mei membantah GST hari ini adalah satu kejayaan besar selepas beberapa kali himpunan besar yang dilakukan sebelum ini.

Izzah GST“Pekerja negara ini menerima kenaikan gaji kalah dengan Indonesia. Sedangkan mengorban keringat untuk negara. Kini ditekan lagi dengan GST,” katanya.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution ketika berucap beliau mengimbau kembali kisah zaman reformasi tahun 1998.

rakyat GSTBeliau juga menceritakan semula pengainayaan terhadap Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata Kerajaan BN melaksanakan GST kerana tidak mampu menguruskan isu rasuah, pembaziran dan salah guna kuasa.

Beliau menggesa agar rakyat tidak dijadikan mangsa ekoran kegagalan pentadbiran Kerajaan BN mengurus ekonomi secara berhemah.

“Jangan tindas rakyat dengan kegagalan pentadbiran kamu. Rakyat diseksa, cukup kami diseksa, cukup di sini.

“Bawah pentadbiran baru, bukan hanya Altantuya yang hilang, enjin jet hilang malah seluruh kapal juga hilang.

“Ini menunjukkan kegagalan pentadbiran di Malaysia,” katanya.

anwar selfieKota raya Kuala Lumpur dibanjiri para peserta Himpunan 501 Bantah GST anjuran NGO 89, juga disertai komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan memakai baju berwarna merah, mereka mula berkumpul sejak subuh lagi.

Beberapa tempat ditetapkan penganjur sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka. Antaranya termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan Sogo.

Perhimpunan hari ini turut mendapat kerjasama pihak polis dan penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.

Polis bagaimanapun menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki padang Dataran Merdeka kerana ia sedang dalam proses menaik taraf.

GST diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2014 Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April 2015.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.