Categories
NASIONAL

Polis tolak penganjuran Himpunan 1 Mei

KUALA LUMPUR, 30 APRIL: Polis menolak permohonan penganjur Himpunan 1 Mei di ibu negara, esok sempena sambutan Hari Pekerja.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman berkata, penolakan itu ekoran penganjur gagal mengemukakan surat kebenaran pemilik lokasi perhimpunan itu.

“Mereka tidak mendapat kebenaran daripada premis di kawasan Lot 10 yang separuhnya adalah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedangkan pemohon sepatutnya berbuat demikian.

“Atas alasan itu, polis tidak mengeluarkan kelulusan,“ katanya lapor Astro Awani.

Beliau turut mengesahkan sudah menerima surat pemberitahuan daripada penganjur berhubung perhimpunan yang dirancang itu, pada Selasa lalu.

Katanya, perbincangan dengan wakil mereka juga sudah diadakan.

Peserta perhimpunan dikatakan merancang untuk berkumpul di hadapan bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Kuala Lumpur sebelum berarak ke dataran pusat membeli belah Lot 10 di Bukit Bintang.

JURNAL BERITA – MB : Kenyataan GST disalah tafsir, atasi jurang pendapatan

1. MB maklumkan kepada DYMM Sultan jadi MB untuk 2 penggal

2. MB: “Bukan masanya laksana GST, pendapatan rakyat harus dipertingkat”

3. MB: Kenyataan GST disalah tafsir, atasi jurang pendapatan

4. MB: Dulu RM10 juta bina 1 masjid tapi sekarang dapat 2 masjid

5. MB 2 penggal, prestasi pengganti perlu lebih baik

6. Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat tak akan pecah

7. Keterlaluan anggap penjawat awam sertai bantah GST pengkhianat

8. Jais perkasakan pendidikan perkukuh institusi kekeluargaan

9. Kesatuan Eropah seru kerajaan hormati kebebasan akhbar

10.Media laman sosial beri impak baru pada dunia kewartawanan

11.Pemantauan berkala sumber air, pastikan cukup musim kering

12.Pergiat usaha benteras dadah di kalangan belia

13.Keputusan Pemilihan PKR Batang Sadong batal, sah wujud unsur penipuan

14.SAMM tidak bergaduh dengan Unit Amal PAS

15.SUHAKAM puji kerjasama positif polis, penganjur Himpunan 1 Mei

Categories
KENYATAAN MEDIA

SAMM tidak terbabit dalam pergelutan di Dataran Merdeka

Oleh: Osama

Memetik beberapa kenyataan akhbar online tentang pergaduhan antara SAMM dan unit Amal Pas pada hari ini saya dengan ini menegaskan bahawa bukan NGO SAMM yang bergaduh dengan UNIT AMAL PAS.

Mungkin SAMM yang kebetulannya berada di tempat dan keadaan yang hampir sama dengan group yang juga berbaju hitam.

SAMM bermula dengan baik dari KLCC dan berarak masuk dan kami hanya meletakkan kenderaan di kawasan yang dibenarkan.

Kami juga sedar dan menyanjung tinggi tugas unit amal yang banyak membantu melancarkan perjalanan bantahan pada hari ini.

Saya menyeru pihak yang memainkan sentimen ini menghentikan dengan segera kerana SAMM dengan PAS dan unit Amal sering bekerjasama dalam hampir kesemua program untuk menumbangkan kerajaan yang zalim pada hari ini.

Selaku NGO yang bukan bersifat kepartian, SAMM juga mempunyai ramai ahlinya di kalangan anggota parti PAS.

Untuk rujukan:

Watch “Himpunan Bantah GST : Pergaduhan Antara Unit Amal…” on YouTube – Himpunan Bantah GST : Pergaduhan Antara Unit Amal…:http://youtu.be/S8PIYvbN118

Sekian Terima Kasih.

# Osama adalah Penyelaras SAMM Kelantan

Categories
NASIONAL

Himpunan 1 Mei: Tahniah kebangkitan rakyat, lawan sampai BN tersungkur – Anwar

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 1 MEI: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji rakyat yang berani hadir membantah pelaksanaan GST dengan menggesa  agar meneruskan usaha menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) yang merosakkan sistem pentadbiran, ekonomi dan kehakiman negara.

Anwar berkata kebangkitan rakyat hari ini bukan pengakhiran tetapi akan diteruskan selepas ini sehingga BN tersungkur.

bantah gst1“Sistem negara kita semakin bobrok, rosak. Kita nak tunggu satu pilihan raya yang bersih diadakan tetapi tidak akan dapat.

“Oleh yang demikian kita tak boleh tunggu pilihan raya lagi tetapi kita mesti bersihkan sistem yang rosak sekarang,” kata Anwar ketika berucap dihadapan kira-kira lebih 50,000 perserta perhimpunan aman, Perhimpunan 1 Mei 2014 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Kata Anwar lagi, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan kerajaan boros dan mengambil jalan mudah melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menekan rakyat.

Anwar turut menemplak media arus perdana yang beliau jangka akan melaporkan kononnya perhimpunan anti GST ini tidak mendapat sambutan rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru rakyat negara meneruskan tekanan dengan hadir dalam demontrasi seperti ini agar kerajaan membatalkan hasrat melaksanakan GST.

himpunan12“Sebelum ini kita dah buktikan kejayaan, bila kita buat demo tolak Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PSSMI) mereka batalkan, begitu juga Anti ISA, mereka hapuskan akta.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kalau kamu terus tipu pilihan raya, rakyat akan kepung pejabat kamu tidak lama lagi.

“Mereka memerintah bukan setakat Altantuya hilang, bukan setakat enjin kapal terbang hilang tetapi kapal terbang juga hilang,” kata Mohamad Sabu.

sejarahAhli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali pula menyeru rakyat Malaysia bersedia untuk bangkit bagi menghalang Anwar dipenjarakan buat kali kedua.

“Kita kena bersedia bangkit kalau Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tidak adil sengaja untuk memenjarakan Anwar.

“Mereka bukan sahaja tidak adil kepada Anwar tetapi merosakkan institusi kehakiman negara. Mereka bertindak demikian kerana takut dgn Anwar Ibrahim,” ujar beliau.

Lihat Video

EZY

Categories
NASIONAL

Anwar: ‘Lakukan perubahan sekarang, jangan tunggu 4 tahun lagi’

KUALA LUMPUR 1 MEI: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mahukan perubahan dalam negara dilakukan sekarang dengan tidak menunggu Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita tak nak tunggu PRU akan datang. Kita tuntut perubahan dilakukan sekarang. Kita tidak mahu tunggu empat tahun lagi,” kata Anwar semasa Himpunan 1 Mei membantah pelaksaaan GST di Jalan Raja, Dataran Merdeka di sini.

himpunan12Anwar berkata, perhimpunan hari ini yang dijayakan akan digerakkan sekali lagi sehingga Kerajaan BN menghentikan pelaksanaan GST yang bermula April 2015.

“Jika kita kerajaan, kita perlu dengar cakap kerajaan atau kerajaan dengar cakap kita?,” soalnya.

Anwar Ibrahim mengambil pentas diambut sorakan daripada anggaran 50,000 peserta yang hadir.

anwar selfie“Hari ini kita dikejutkan dengan kebangkitan rakyat. RTM, TV3 lapor tak lebih 1000 orang hadir,” katanya.

“Kita terharu dengan dokongan rakyat. Kita rasa apa yang rakyat rasa. Sebab itu kita guna jalan raya

“Menteri BN faham? mereka tak faham,” katanya lagi.

bantah gst1Beliau juga berkata perjuangan rakyat belum selesai. Pilihan Raya masih lagi kotor. Selagi ia kotor, rakyat katanya tidak akan menang sampai bila-bila.

Anwar berkongsi saranan dari rakan-rakannya di luar negara yang menggesa beliau agar tidak pulang ke Malaysia selepas berkunjung ke London baru-baru ini.

“Tapi saya katakan ‘tidak’! Saya akan balik ke Malaysia untuk berjuang!,” katanya.

Lihat Video

EZY

 

Categories
NASIONAL

Himpunan 1 Mei: Satu kejayaan rakyat, kata Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 1 MEI: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata Himpunan 1 Mei membantah GST hari ini adalah satu kejayaan besar selepas beberapa kali himpunan besar yang dilakukan sebelum ini.

Izzah GST“Pekerja negara ini menerima kenaikan gaji kalah dengan Indonesia. Sedangkan mengorban keringat untuk negara. Kini ditekan lagi dengan GST,” katanya.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution ketika berucap beliau mengimbau kembali kisah zaman reformasi tahun 1998.

rakyat GSTBeliau juga menceritakan semula pengainayaan terhadap Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata Kerajaan BN melaksanakan GST kerana tidak mampu menguruskan isu rasuah, pembaziran dan salah guna kuasa.

Beliau menggesa agar rakyat tidak dijadikan mangsa ekoran kegagalan pentadbiran Kerajaan BN mengurus ekonomi secara berhemah.

“Jangan tindas rakyat dengan kegagalan pentadbiran kamu. Rakyat diseksa, cukup kami diseksa, cukup di sini.

“Bawah pentadbiran baru, bukan hanya Altantuya yang hilang, enjin jet hilang malah seluruh kapal juga hilang.

“Ini menunjukkan kegagalan pentadbiran di Malaysia,” katanya.

anwar selfieKota raya Kuala Lumpur dibanjiri para peserta Himpunan 501 Bantah GST anjuran NGO 89, juga disertai komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan memakai baju berwarna merah, mereka mula berkumpul sejak subuh lagi.

Beberapa tempat ditetapkan penganjur sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka. Antaranya termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan Sogo.

Perhimpunan hari ini turut mendapat kerjasama pihak polis dan penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.

Polis bagaimanapun menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki padang Dataran Merdeka kerana ia sedang dalam proses menaik taraf.

GST diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2014 Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April 2015.

EZY

Categories
NASIONAL

Himpunan 1 Mei: Lebih 25,000 bangkit bantah GST

KUALA LUMPUR 1 MEI: Jumlah peserta yang berarak dari Masjid Negara bertambah kepada 25,000 orang apabila disertai oleh kumpulan yang tiba lebih awal di persimpangan Jalan Tun Perak – Jalan TAR.

Kak wan 1meiPresiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam ucapannya berkata, wanita yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang kerana golongan itu yang banyak membeli barang di pasar.

Himpunan 1 Mei yang diadakan di Dataran Merdeka hari ini adalah untuk menunjukkan kuasa rakyat dan memberi amaran kepada Umno Barisan Nasional supaya membatalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kerajaan minoriti Umno BN gagal menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum lalu apabila tetap berkeras menerukan cukai yang membenankan rakyat.

“Rakyat Malaysia sangat kecewa apabila kerajaan ambil langkah membebankan rakyat dengan cukai GST.

Anwar 1“Kita harus sedar apakah kesannya kepada keadaan ekonomi kita jika cukai GST dilaksanakan.”

“Sebab itu hari ini kita berhimpun untuk tunjuk kuasa rakyat dan bantah pelaksanaan cukai tersebut,” jelas Tian Chua di hadapan peserta himpunan di hadapan Dataran Maybank.

Setiausaha Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail melaungkan “Merdeka” sebaik mereka tiba di kawasan Dataran Merdeka.

Sementara itu Kumpulan peserta di KLCC mula berarak ke arah Dataran Merdeka dengan bendera berwarna merah kelihatan membanjiri Jalan ampang berdepan bangunan Avenue K.

KL merahKumpulan ini diketuai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysa (PSM), S Arutchelvan dan mereka berarak sambil berselawat ke atas nabi diikuti laungan “Bangkit! Bangkit! Bangkit rakyat!”.

Bas dan teksi juga terperangkap dalam kesesakan di belakang kumpulan peserta ini yang berjalan perlahan-lahan menuju ke Dataran Merdeka.

Turut kelihatan berarak bersama kumpulan ini adalah bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pengasas NGO Suaram, Dr kua Kia Soong.

Manakala di Masjid Negara, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bersama kepimpinan Pakatan Rakyat mengetuai lebih 5,000 peserta yang baru selesai menunaikan solat Zohor.

KL1MEI3Mereka melaungkan slogan “Hancur BN”, “Hancur GST” dan “Hancur BN” sambil diawasi oleh Unit Amal PAS.

EZY

Categories
NASIONAL

Kuala Lumpur dibanjiri peserta baju merah bantah GST

KUALA LUMPUR 1 MEI: Ribuan rakyat bersedia berarak ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur petang ini bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Demonstrasi besar itu digerakkan oleh 89 gabungan NGO dan turut mendapat sokongan penuh Pakatan Rakyat.

himpunan13Peserta berkumpul di empat lokasi utama iaitu KLCC, Kompleks Sogo, Dataran Maybank dan Masjid Negara sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada jam 2 petang ini.

Kebanyakan mereka memakai baju berwarna merah dan berada di lokasi-lokasi yang ditetapkan lebih awal, bahkan sejak pagi lagi.

Tinjauan di Dataran Merdeka mendapati ia tidak ditutup seperti berlaku dalam himpunan Bersih lalu. Sementara di kawasan sekitar, peserta demostran mula berkumpul dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Peniaga yang menjual makanan, minuman dan cendera hati seperti t-shirt juga dilihat mengambil kesempatan menambah pendapatan.

rezeki1MEIPeserta turut menjadikan kawasan masjid jamek dan stesen LRT sebagai tempat berkumpul.

Polis kelihatan berada di kawasan sekitar bagi memantau pergerakan peserta yang tiba lebih awal. Suasana dilihat tenang dan lalu lintas kenderaan berjalan seperti biasa.

Di Sogo, hampir 1000 berada di hadapan kompleks membeli belah itu sejak tengah hari.

Mereka yang rata-ratanya terdiri daripada anak muda turut melaungkan slogan reformasi dan membawa plakad bagi membantah cukai berkenaan

kini1MEIManakala beberapa individu turut mengambil kesempatan menjual barangan seperti ikat kepala, baju-T, topeng muka dan vuvuzela.

Lalu lintas agak sesak dengan kenderaan yang turut membunyikan hon tanda sokongan mereka terhadap bantahan GST.

Peserta kemudian berarak ke Dataran sambil membawa plakad dan terus menyuarakan bantahan.

Setibanya di perkarangan Dataran, mereka tidak dibenar memasuki padang oleh petugas unit amal Pas. Mereka kemudian berkumpul di sepanjang jalan Dataran sambil melaungkan ‘reformasi’ dan turun BN’.

Di KLCC, hampir 1000 perserta termasuk aktivis NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Parti Sosialis Malaysia mula berkumpul di hadapan gedung membeli belah itu.

Turut kelihatan sekumpulan anggota polis bersedia di hadapan KLCC bagi mengawal keadaan sekeliling.

Aktivis SAMM dilihat naik di atas sebuah kereta toyota hilux bagi mengetuai perarakan dari KLCC. Beberapa peserta demonstrasi turut memegang sepanduk ‘No GST for Malaysian’.

Di Dataran Maybank, peserta mula berkumpul dua jam sebelum himpunan lengkap membawa sepanduk dan plakad dengan slogan anti GST. Antara bantahan dipamerkan seperti ‘GST bebankan rakyat’ dan ‘Derita Derita Derita’.

Sementara itu hampir 150 ahli unit amal PAS turut berkumpul di hadapan kawasan tersebut dan diberikan taklimat untuk mengawal suasana dalam himpunan itu.

Selain di Kuala Lumpur, satu lagi demo berasingan turut berlangsung di Pulau Pinang, anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

– Keadilan Daily

Categories
NASIONAL

Himpunan 1 Mei: Polis benarkan pada masa ini, kata Mohd Sabu

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 1.30 tengah hari tadi, tiada sebarang halangan dari pihak polis untuk penganjur meneruskan Perhimpunan 1 Mei di Kuala Lumpur, kata Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu kepada Selangor Kini.

“Polis nampaknya memberikan kerjasama setakat ini,” kata Mohamad yang ditemui sedang menuju ke Sogo.

himpunanBeliau turut menyeru orang ramai berjalan bersama beliau menuju ke lokasi sama.

Bagaimanapun petugas media dimaklumkan oleh petugas Unit Amal PAS, pada masa ini Dataran Merdeka masih lagi ditutup kepada orang ramai dan hanya dibuka pada jam 2.00 petang nanti.

Selangor Kini mendapati beberapa kumpulan perserta perhimpunan terpaksa berpatah balik ke kompleks beli belah Sogo apabila gagal memasuki ke Dataran Merdeka.

Himpunan1 meiSementara itu di Sogo dianggarkan lebih 500 perserta perhimpunan mula memenuhi kawasan terbabit.

Mereka melaungkan pelbagai slogan membantah perlaksanaan GST.

Mereka turut mempamerkan pelbagai kain rentang yang mengutuk tindakkan perlaksanaan GST yang didakwa menekan rakyat.

EZY

Categories
NASIONAL

Perniagaan Jalan TAR harap durian runtuh sempena Himpunan Tolak GST

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 1 MEI: Perniagaan di sepanjang Jalan Tunku Abd Rahman didapati meneruskan operasi perniagaan masing-masing seperti biasa walaupun menyedari perhimpunan aman menolak GST akan diadakan hari ini.

Malah beberapa peniaga yang sempat ditemui Selangor Kini menganggap perhimpunan yang diadakan ini sebagai kesempatan terbaik untuk meraih keuntungan luar biasa.

himpunan“Harap hari ini ada ‘durian runtuh’ sebab ramai yang datang termasuk yang datang dari jauh akan ambil kesempatan membeli tudung di kedai kami,” kata peniaga kedai tudung yang enggan namanya disebut.

GST1Kata beliau beliau hanya mengetahui ada perhimpunan 1 Mei 2014 diadakan apabila melihat kehadiran orang ramai yang memakai baju serba merah dengan pelbagai slogan membantah GST.

Peniaga kedai makan di Jalan Masjid India yang mahu dikenali sebagai Lie pula memberitahu setiap kali perhimpunan diadakan perniagaannya akan memperolehi keuntungan luar biasa.

Sogo“Harap kali ini pun sama juga. Ini peluang bagus. Saya dah arahkan perkerja saya menambah stok minuman, makanan dan ais yang lebih dari biasa,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu peniaga tekstil, Mohd Jaber berkata selalunya peserta perhimpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur akan mengambil kesempatan membeli-belah di kedai beliau.

“Biasa dapat buat duit tetapi kalau polis kacau, susah, keadaan jadi huru-hara,” kata beliau.

EZY

Categories
NASIONAL

Himpunan 1 Mei: 10,000 dijangka hadir, peserta mula berkumpul

KUALA LUMPUR 1 MEI: Kira-kira 10,000 peserta dijangka membanjiri Kuala Lumpur dalam perhimpunan besar-besaran hari ini bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang digerakkan oleh 89 gabungan NGO.

Perhimpunan yang turut disokong oleh parti Pakatan Rakyat diadakan sempena Hari Pekerja 1 Mei yang disambut seluruh dunia hari ini dan dijangka turut disertai ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan serta NGO.

himpunan 1 Mei 2Ketika ini orang ramai sudah mula membanjiri beberapa lokasi antaranya di hadapan Pasaraya Sogo di sini.

Dilaporkan juga peserta perhimpunan aman sudah mula berkumpul di pekarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) KLCC, Masjid Negara, Brickfield, Sogo dan sebagai kumpulan utama sebelum bergabung di Dataran Merdeka selepas itu.

himpinan 1 MEIAntara kain rentang yang dibawa mereka tertera perkataan “GST Cukai yang melampau satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia”, “Tak nak GST” dan “TPPA makes Malaysia colony of USA” (TPPA menjadikan Malaysia tanah jajahan Amerika).

Keadaan lalu lintas di sekitar ibu negara masih terkawal.

Setakat 11 pagi ini, jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur berkata tiada penutupan jalan dilakukan di ibu negara.

Turut kelihatan beberapa anggota polis mengadakan rondaan di kawasan-kawasan strategik di ibu negara dan kawalan ketat oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di lokasi perhimpunan iaitu di Dataran Merdeka.

EZY

JURNAL BERITA – MB: Pelan catuan air dihentikan serentak

1. MB: Pelan catuan air dihentikan serentak

2. Kandungan kolam Hang Tuah selamat, kajian dilaksana sejak 2009

3. Ayuh turun ke KL 1 Mei, bantah GST

4. Kapasiti empangan terus catat peningkatan

5. AMK Selangor kerah 10,000 anak muda sertai Himpunan 1 Mei

6. Tapak pelupusan sanitari selesai masalah penduduk Semenyih

7. Laluan Jalan Sungai Lalang, Hulu Langat dibuka semula Mei ini

8. Bas percuma ke Perpustakaan Awam Selangor setiap Sabtu, Ahad

9. ADUN Teratai tidak akan respon perkara remeh

10. Program Hutan Kita jaringan hijau imbang pembangunan fizikal bandar

11.Ke arah kaunter sifar, kaunter perkhidmatan bakal dibuka hujung minggu

12.Seminar Bazaar Ramadan tingkat tatacara kendali perniagaan