Categories
SELANGOR

Isu Lebuhraya KIDEX perlu ditangani segera

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 MEI: Hasrat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memanggil semula syarikat konsesi bersama Kerajaaan Negeri bagi bertemu semula penduduk Petaling Jaya dan mendengar luahan bantahan projek pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) adalah langkah positif menyelesaikan isu itu.

Ahli Dewan Undangan Bukit Gasing, R Rajiv, berkata penduduk bersetuju dengan cadangan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas tetapi berpendapat KIDEX bukan jalan penyelesaiannya.

Hal itu kerana, sehingga kini masih belum ada gambaran atau grafik yang menunjukkan KIDEX mampu berbuat demikian dan Kerajaan Negeri diminta untuk tidak membuat kesimpulan awal.

rajiv bukit gasing 01“Saya menyambut baik pertimbangan beliau (Abdul Khalid) untuk turun. Memang saya sudah lama menulis surat kepada Pejabat Menteri Besar dan berharap isu ini segera diselesaikan.

“Kita boleh tengok dalam akhbar setiap hari ada isu KIDEX,jadi lebih baik jika beliau (Abdul Khalid) datang dialog,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Isu lebuh raya itu hangat diperdebatkan termasuk daripada ADUN Selangor ketika persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), selain penduduk bertindak menubuhkan NGO ‘Say No To Kidex’ sebagai bantahan kepada projek terbabit.

Sementara itu, Abdul Khalid sebelum ini berkata, Kerajaan Negeri akan memanggil semula syarikat konsesi Lebuhraya KIDEX dan pihak lain yang bertanggungjawab untuk memberi sesi penerangan berkenaan projek itu sekali lagi kepada penduduk khususnya di Petaling Jaya.

kidexBeliau juga meminta rakyat khususnya penduduk yang membantah pembinaan lebuh raya terbabit memberi peluang kepada Kerajaan Negeri dan pihak berkenaan memberi penerangan secara lebih menyeluruh dan jelas berhubung projek pembangunan itu.

Katanya, melalui sesi perbincangan yang lancar, Kerajaan Negeri dan pemaju akan mempunyai lebih ruang untuk ‘adapt dan adopt’ demi kepentingan bersama.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.