Categories
NASIONAL

Jawatan menteri, Najib sekadar umpan pengundi

KUALA LUMPUR, 30 MEI: PAS menyifatkan janji jawatan kabinet kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong jika menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sebagai tindakan terdesak Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata janji yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu tidak lebih sekadar mahu mengumpan pengundi.

“Ini tindakan terdesak Najib untuk mengumpan di saat akhir bagi selamatkan parti yang sudah lumpuh di persada politik negara.

salahuddin white 01“Jangan terpedaya dengan taktik beliau itu,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

Salahuddin yang juga Pengarah Induk PAS PRK Teluk Intan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib berhubung tawaran itu.

Najib ketika bercakap kepada pemberita di Beijing semalam (29 Mei)berkata, Siew Keong akan dilantik sebagai menteri kabinet jika menang pada PRK itu.

Mengulas lanjut, Salahudin mempersoal, kenapa ketika dua penggal menjadi Ahli Parlimen sebelum ini beliau tidak dilantik menjadi menteri, jika Siew Keong memang berwibawa dan penting pada BN.

NEWS“Apa yang kita nampak, tawaran ini bukan atas kewibawaan Siew Keong, tetapi mahu memancing undi dan menyelamatkan nyawa Gerakan,” katanya.

Siew Keong sebelum ini menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal selepas menang kali pertama pada Pilihan Raya Umum 1999 dan mengekalkan kemenangan pada PRU 2004 sebelum tewas pada PRU 2008 dan 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published.