Categories
NASIONAL

JAKIM perlu tegas, uji semua jenama terkandung sijil halal

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 30 MEI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran untuk menguji kandungan semua jenama makanan yang mempunyai sijil pengiktirafan halal.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, berkata langkah itu bagi menjamin kesahihan halal sesuatu produk makanan terutama bagi pengguna beragama Islam.

Katanya, teknologi yang ada pada hari ini membolehkan kandungan dalam sesuatu produk makanan dikenal pasti.

Elizabeth Wong Komen Khaled Nordin“Diharap isu terbaru berkenaan Cadbury baru-baru ini dapat ditangani secara tegas dan adil untuk semua pihak termasuk pengusaha itu sendiri.

“Pada masa sama, JAKIM dan KKM juga digesa bertindak segera dan mengenal pasti sumber pencemaran seperti dikatakan sebelum ini.

“Apa yang penting bagi pengguna Islam, mereka mahu jaminan halal. Jika berlaku kes begini akan menimbulkan was-was,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau ditemui sejurus selesai menyempurnakan majlis perasmian penutup program International Children Storytelling Camp di Kelab Sri Damansara,di sini, semalam.

halalPada 24 Mei lalu, dua produk Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) disahkan KKM mengandungi DNA khinzir.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam reaksinya berkat, beliau tidak menolak kemungkinan kewujudan DNA khinzir dalam produk Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond berlaku disebabkan pencemaran di sepanjang rantaian pembuatan makanan berkenaan.

Penemuan itu turut disambut dengan pelbagai reaksi antaranya daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Berajaan (ACCIN) yang mahu pengeluar coklat itu menanggung kos mencuci darah orang Islam yang memakan dua produk coklat itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.