Categories
NASIONAL

JK Aduan Pemilihan: Tiada aduan terhadap Abdul Khalid

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 12 MEI: Jawatankuasa Aduan Pemilihan (JAP) PKR 2014 tidak menerima sebarang aduan terhadap calon Timbalan Presiden, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam pemilihan parti itu.

Pengerusi JAP, Abdul Malek Hussain berkata JPP sentiasa telus dalam menjalankan siasatan terhadap mana-mana aduan tanpa mengira individu yang dinamakan dalam aduan terlibat.

pemilihan 2014“Sehingga kini kami tidak terima sebarang aduan terhadap Tan Sri Khalid secara khusus beliau sebagai calon.

“Kami mengalu-alukan sebarang aduan,” kata Abdul Malek dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan tiada politik wang berlaku sepanjang tempoh kempen Pemilihan PKR 2014.

Jelas beliau sehingga kini JPP sudah menerima menerima 331 aduan sepanjang bermulanya proses penamaan calon sehingga proses pengundian minggu ke tiga semalam.

Katanya daripada 331 aduan terbabit, pihak JAP sudah pun menyelesaikan sebanyak 241 aduan dan mendapati hanya 100 aduan disifatkan sebagai bantahan berasas, manakala 141 ditolak.

“Bermakna ada 90 lagi bantahan yang sedang dalam proses siasatan sebelum kita buat keputusan.

“Bantahan berasas ini beri implikasi kepada pencalonan di mana bantahan terhadap yang sudah diterima sebagai calon, pencalonan mereka digugurkan,” kata Abdul Malek lagi.

Aduan terbabit merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat penamaan calon, berkempen dan mengundi.

Sementara itu dalam perkembangan lain, calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S. Manikavasagam yang terserempak dengan wartawan Selangor Kini di pekarangan Ibu Pejabat PKR memberitahu kedatangan beliau disebabkan dipanggil Jawatankuasa Disiplin Parti.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.