Categories
NASIONAL

PRK Bukit Gelugor: Alasan MCA tidak masuk akal

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 MEI: Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menyifatkan alasan MCA untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor untuk menumpukan soal hudud adalah tidak masuk akal.

Katanya, alasan itu menjadikan rakyat bosan berhadapan pemimpin politik dan mereka perlu beri alasan yang matang bagi menerangkan kepada rakyat.

“Mengapa begitu sikap pemimpin politik ini, sering memberi alasan yang rendah kualitinya? Selalunya ini yang berlaku menyebabkan rakyat menjadi bosan dengan mereka. Lebih teruk lagi jika pemimpin ini nanti yang dilantik menjadi menteri.

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff“Jika saya yang dikehendaki berhujah, saya akan katakan melihat kepada keputusan PRU-13, MCA tidak mempunyai sokongan yang kuat di kawasan ini.

“Oleh itu, MCA merasakan wajar untuk mengukuhkan dahulu kedudukan parti di kawasan ini daripada bertanding,” kata Agus menerusi laman Facebook miliknya.

Beliau berkata, alasan Barisan Nasional tidak meletakkan calonnya kerana MCA dalam proses konsolidasi untuk mengukuhkan parti seperti yang disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai hujah diplomatik yang baik.

Tinjauan reaksi berkenaan isu itu mendapati bebrapa pihak berpendapat BN sepatutnya memberikan tumpuan menghadapi PRK di Parlimen Teluk Intan berdasarkan demografik pengundi yang seimbang di sana.

Hal itu kerana, majoriti kemenangan DAP di Bukit Gelugor adalah antara yang tinggi dalam PRU-13 lalu dengan majoriti 41,778.

Selain itu, terdapat juga reaksi di kalangan mereka yang percaya Pakatan Rakyat (PR) bakal memperoleh kemenangan mudah di kawasan berkenaan kerana majoriti pengundi Cina menolak BN.

Sebelum ini, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden yang diadakan di Ipoh, Perak.

ramkarpalsPenamaan calon hari ini menyaksikan calon DAP, Ramkarpal Singh, akan berhadapan pertembungan empat penjuru yang membabitkan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan serta dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan dalam usaha mengekalkan kemenangan mendiang bapanya, Karpal Singh.

Pembuangan undi akan berlangsung pada 25 Mei ini, manakala hari penamaan calon adalah pada 19 Mei.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.