Categories
SELANGOR

Kumpulan Perangsang sumbang 40 mesin jahit bernilai RM24,000

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 23 MEI : Seramai 40 orang ibu tunggal, suri rumah dan orang kelainan upaya (OKU) berpendapatan rendah tersenyum lebar apabila menerima bantuan mesin jahit daripada Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang disampaikan baru-baru ini.

Mesin jahit itu disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Peransang Selangor, R Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang.

sewing machine (1500x996)Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Shafei Ngah dan Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.

Sivarasa berkata bantuan seperti itu dapat membantu mereka menjadi usahawan kecil seterusnya mempertingkatkan pengeluaran sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu penerima mesin jahit untuk memulakan perniagaan menjahit sendiri untuk menambahkan pendapatan bagi menyara hidup keluarga,” katanya.

Beliau berkata selain sumbangan itu, Peransang Selangor akan bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan dan Prihatin Bangi serta Pusat Khidmat Adun Bangi bagi menyediakan latihan menjahit kepada penerima mesin jahit.

Katanya, kos latihan menjahit selama sebulan itu akan dibiayai oleh Kumpulan Perangsang.

Mesin jahit itu dianggarkan bernilai RM24,000.

Ismail presenting cheque to Dr M Rajan (1500x996)Sementara itu, Perangsang Selangor turut menyumbang RM11,000 kepada Organisasi Kebajikan YesuvinM ahligai Selangor iaitu sebuah rumah yang dihuni oleh anak yatim, kanak-kanak didera dan warga emas terbiar.

Sumbangan terbabit sebagai membiayai sebahagian daripada perbelanjaan keperluan harianseperti makanan, pakaian dan tempat tidur.

Premis itu dibahagikan kepada empat iaitu Rumah Lelaki, Rumah Perempuan, Rumah Warga Emas Lelaki dan Wanita.

Sumbangan disampaikan oleh Penolong Pengurus Tanggungjawab Sosial Korporat Peransang Selangor, Mohd Ismail Zam Zam kepada Pengasas dan Pengerusi Organisasi Kebajikan Yesuvin Mahligai (YM) Selangor Taman Jasmin, Dr. M Rajan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.