Categories
SELANGOR

Masa menunggu bas komuniti 15 minit, tingkat kecekapan pengangkutan awam

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 14 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Rapid Bus Sdn Bhd akan memastikan jarak masa menunggu perkhidmatan bas percuma Petaling Jaya tidak melebihi 15 minit.

Ia bagi menarik minat pengguna kenderaan persendirian menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

bas komunitiDatuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata sasaran 15 minit itu penting bagi membina kepercayaan masyarakat Petaling Jaya terhadap perkhidmatan bas yang bermula secara rasmi esok dan kejayaan program kemasyarakatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

“Ketika ini peratusan penggunaan kenderaan persendirian berbanding pengangkutan awam adalah 80 peratus berbanding 20 peratus, kita mahu tingkatkan kepada 60:40,” kata Alinah dalam sidang media yang diadakan di Pejabat MBPJ di sini, hari ini.

Kata Alinah lagi, MBPJ menjalinkan kerjasama dengan Rapid Bus Sdn Bhd dengan memperuntukkan 10 buah bas yang dilengkapi wifi percuma dan paparan LED.

bas komuniti1“Waktu perkhidmatannya bermula jam 6.00 pagi hingga 9.00 malam pada setiap hari dan ianya dilengkapi jaringan wifi percuma dan paparan LED dengan kekerapan 15 minit untuk dimanfaatkan sepenuhnya warga Petaling Jaya,” kata beliau.

Bagaimanapun katanya lagi, masa perkhidmatan ini boleh dilanjutkan bergantung kepada permintaan dan keperluan penduduk Petaling Jaya.

Perkhidmatan bas percuma ini meliputi laluan sejauh 28 kilometer akan bermula di Hab Bas di Jalan PJS 3/2 yang sedang dibangunkan dengan melalui Jalan Klang Lama, Jalan Templer, Jalan Othman, Jalan Yong Shook Lin, sekitar pusat Bandar Seksyen 52, Jalan Penchala, Jalan Semangat, Jalan Universiti dan Jalan Gasing.

Sebelum itu, Alinah merasmikan pelancarkan perkhidmatan bas komuniti percuma diadakan di Hentian Bas di Jalan Yong Shook Lin pagi tadi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.