Categories
SELANGOR

MB: Kenyataan GST disalah tafsir, atasi jurang pendapatan

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 4 MEI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kenyataan beliau yang mengatakan menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan disalah tafsir.

Sebelum ini beberapa media melaporkan bahawa Abdul Khalid secara personal bersetuju dengan pelaksanaan GST.

kantin sekolah gst“Saya perjelaskan pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan jika ‘gini-coeeficient’ adalah kurang daripada 4.5.

“Sehingga Kerajaan Persekutuan mengatasi masalah isu jurang pendapatan rakyat, maka pelaksanaan GST mestilah tidak lakukan,” kata Abdul Khalid dipetik laman Facebooknya.

Sebelum ini, Abdul Khalid berkata GST yang mahu diperkenal Kerajaan Pusat tahun hadapan belum sesuai dilaksanakan sehingga jurang pendapatan rakyat berpendapatan rendah dan menengah berjaya dirapatkan terlebih dahulu.

Hal itu kerana golongan rakyat yang berada dalam kelompok berpendapatan rendah dan sederhana masih lagi menjadi kelompok terbesar rakyat di negara ini.

rakyat GSTKeadaan itu menyebabkan rakyat yang berpendapatan rendah terpaksa membayar jumlah cukai yang sama rata dengan golongan berpendapatan menengah bagi memperoleh barangan atau perkhidmatan yang sama.

Pada 1 Mei lepas, kira-kira 50,000 memenuhi Jalan Raja di Dataran Merdeka menyatakan bantahan besar-besaran terhadap pelaksanaan GST bermula April 2015.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.