Categories
NASIONAL

MCA akan timbang kedudukan dalam BN jika Umno sokong Hudud

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 MEI: Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menegaskan parti itu akan mempertimbangkan kedudukan mereka dalam Barisan Nasional (BN) jika sekutunya Umno bersetuju supaya hukum hudud dilaksanakan.

Beliau berkata, parti berkenaan tetap dengan pendirian supaya kembali kepada prinsip asas Perlembagaan Negara yang dipersetujui sejak BN ditubuhkan tidak kira siapa yang membawa usul perlaksanaan hudud ke Parlimen dan disokong ahli Umno.

Dalam kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, beliau berkata, ucapan itu tidak mewakili BN dan hanya kerana Jamil Khir ahli Umno.

wee-ka-siong-The-STAR“Dalam kes ini, ia bukan pendirian yang dipersetujui BN. Saya boleh nampak lebih daripada separuh ketua parti komponen tidak bersetuju kerana kemajmukan parti dalam BN.

“Kalau berlaku perkara itu, sudah sampai masanya kita kena bincangkan kedudukan MCA dengan rakan sekutu,” katanya dalam Wacana anjuran Kumpulan Karangkraf, ‘Hudud: Bersediakah Kita’.

Sebelum ini, Jamil Khir dalam sesi penggulungan di Parlimen, berkata Kerajaan Pusat bersedia memberikan laluan kepada semua negeri termasuk Kelantan untuk dibawa ke Dewan Rakyat.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.