Categories
NASIONAL

MH370 hilang 81 hari, akhirnya data satelit mentah didedahkan

SHAH ALAM 27 MEI: Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan firma satelit Inmarsat British akhirnya mendedahkan data digunakan menjejaki laluan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 81 hari lalu, hari ini.

Tindakan itu diambil susulan tuntutan daripada waris penumpang supaya firma berkenaan bertindak dengan lebih telus.

mh“Inmarsat dan DCA bekerjasama untuk mendedahkan data log komunikasi dan keterangan teknikal analisis,” kata jabatan itu menerusi kenyataan media.

Waris penumpang penerbangan tersebut mendedahkan data tersebut di laman Facebook mereka, selepas memperolehinya dari Inmarsat dan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

Laporan berkenaan antaranya mengandungi data log komunikasi meliputi 14 bahagian data dari tujuh pautan ‘handshake’.

Inmarsat pada minggu lalu mendedahkan, data tersebut melibatkan nombor-nombor yang dihantar dan diterima antara pesawat tersebut dengan satelit.

Raw DataSatu daripada nombor berkenaan membawa maklumat masa, manakala nombor yang seterusnya merujuk kepada kekerapan komunikasi, lapor Reuters.

Kapal terbang Boeing 777 yang menempatkan 239 penumpang dan anak kapal itu hilang pada 8 Mac ketika dijadualkan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Penerbangan tersebut dipercayai berakhir di Lautan Hindi, di luar barat Australia.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.