Categories
SELANGOR

Mohon masjid daripada kerajaan dulu tak lulus, sekarang baru dapat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR 3 MEI: Selepas permohonan pembinaan masjid baru ditolak pentadbiran Kerajaan Negeri terdahulu, penduduk di Simpang Tiga, Ijok di sini menarik nafas lega apabila permohonan mereka mula mendapat perhatian sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Selangor.

Permohonan itu dibuat memandangkan masjid lama di Jalan Persekutuan yang dibina pada 1974 selain agak uzur, juga tidak lagi mampu menampung peningkatan jumlah jemaah.

b5Ia sesak terutamanya pada hari Jumaat, sepanjang Ramadhan, Hari Raya dan hari-hari kebesaran Islam yang lain berikutan pertambahan kawasan perumahan di sekitar Ijok yang pesat membangun.

awam 2  b11Ketua Biro Dakwah dan Pengajian Masjid Darul Ibadah, Zulizam Ramli berkata kejayaan ini amat menggembirakan penduduk Kampung Harmoni kerana selain dapat menjalankan ibadah dengan lebih selesa, juga dapat menjalankan pelbagai aktiviti keilmuan dan kemasyarakatan lain.

“Kami gembira masjid yang tersergam indah ini dapat disiapkan dalam jangka masa dua tahun.

“Kalau diikutkan jawatan kuasa yang lama pernah mengemukakan kertas cadangan kepada kerajaan terdahulu tetapi tidak diluluskan atas sebab yang kami sendiri tidak tahu tetapi sekarang apabila berubahnya pentadbiran negeri kami dapat menikmati kemudahan ini,” kata Zulizam.

Zulizam berkata demikian kepada Selangor Kini dalam Majlis Penyerahan Projek Siap Masjid Darul Ibadah di Kampung Harmoni, Simpang Tiga Ijok oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

awam b10Manakala penduduk Taman Kota Puteri, Kadir Mahmood, 56, pula memberitahu, sebelum ini para jemaah terpaksa solat di luar masjid disebabkan masjid lama tidak mampu lagi menampung pertambahan kariah di kawasan terbabit.

“Syukur kerana kita mendapat masjid baru sebab masjid yang ada sudah terlalu lama. Masjid sekarang lebih selesa dan lebih dekat dengan rumah saya. Kalau dahulu saya sembahyang di masjid lama sampai tak muat masjid, sampai keluar,” kata Kadir.

nazir b9Sementara itu Nazir Masjid Darul Ibadah, Mohd Ngasmawi Mufti memberitahu pihak beliau sudah mengaturkan pelbagai program yang dijangka mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat di kawasan itu.

“Bagi mengimarahkan Masjid ini seperti yang disarankan Menteri Besar, Ahli Jawatankuasa daripada Biro Dakwah sudah menjadualkan program untuk dijayakan selepas penyerahan ini seperti penceramah daripada Pencetus Ummah (PU), PU Salman dan PU Hafiz pada tarikh yang ditetapkan.

“Kita juga adakan Kuliah Dhuha dan Pengajian Muslimat setiap Jumaat dari jam 2.30 petang. Sebenarnya sudah pun bermula, kita cuma sambung dari program lepas,” kata beliau.

b7Terdahulu dalam majlis sama, Abdul Khalid menyerahkan kunci Masjid Darul Ibadah kepada pihak pengurusan Masjid Darul Ibadah.

Masjid yang dibina dengan kos sebanyak RM5.39 juta mula dibina pada 2 Febuari 2012 siap sepenuhnya pada 10 Januari 2014 dan mampu menampung 1,500 jemaah dalam satu masa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.