Categories
SELANGOR

MPK kutip cukai dari rumah ke rumah hujung bulan ini

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 17 MEI : Kaedah pelaksanaan kutipan cukai dari rumah ke rumah atau pintu ke pintu akan dikuatkuasakan Majlis Perbandaran Klang (MPK), pada hujung Mei ini.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan dalam satu kenyataan media memaklumkan langkah itu adalah bagi memastikan semua penduduk menjelaskan cukai taksiran mereka mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Cukai terbabit merangkumi kutipan cukai semasa dan juga cukai tunggakan,” kata kenyataan itu.

mpkMPK berkata, tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang didapati gagal melunaskan cukai itu dibawah Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan.

Kenyataan itu turut memaklumkan akan menggiatkan penguatkuasaan ke atas pemilik harta bertingkat (strata) dan dilakukan dengan kerjasama Badan Pengurusan Bersama (JMB).

“Bagi memudahkan orang ramai, MPK akan memastikan pemilik harta menerima Bil Cukai Taksiran Penggal 2/2004 mulai 26 Mei ini,” kata ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.