Categories
NASIONAL

Nik Nazmi dilepas mahkamah atas tuduhan semula APA

PETALING JAYA 6 MEI : Mahkamah Sesyen di sini, melepaskan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Nik Nazmi Nik Ahmad, atas tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran, pada 8 Mei tahun lalu.

Hakim Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam N Surendran untuk menghalang Nik Nazmi daripada dibicarakan semula.

Nik Nazmi12Yasmin memutuskan Nik Nazmi dilepaskan tetapi tidak dibebaskan dari pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 itu.

Katanya, pendakwaan sepatutnya meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas keputusan Mahkamah Rayuan dan tidak memfailkan kes baru di Mahkamah Sesyen.

Semalam, Peguam Negara mengarahkan Nik Nazmi didakwa semula di bawah PAA walaupun Mahkamah Rayuan Putrajaya, pada 25 April lalu membebaskannya dengan mengisytiharkan hukuman bawah Seksyen 9(5) akta tersebut melanggar perlembagaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.