Categories
NASIONAL

Teresa: Penahanan di bawah Akta Hasutan bermotif politik

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUALA LUMPUR, 6 MEI : Dakwaan mahkamah di bawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan yang dikenakan ke atas Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berhubung penyebaran video klip “Onederful Malaysia” bermotifkan politik dan sengaja ingin melemahkan Pakatan Rakyat (PR).

Kok dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sedang mempergiatkan kempen serangannya terhadap pemimpin PR melalui tindakan mahkamah dengan niat untuk melumpuhkan mereka dan menutup mulut pengkritik dalam masyarakat.

onderfulKatanya beliau adalah mangsa seterusnya selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendiang Karpal Singh, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su yang semuanya didakwa sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Sesiapa yang sudah melihat video saya akan tahu bahawa ia adalah sindiran politik semata-mata di mana isu dan jenaka yang dibangkitkan oleh para pelakon adalah topik biasa yang dibincangkan orang ramai di negara ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Seputeh.

Beliau berkata sesiapa sahaja yang mengesyaki bahawa diri mereka mungkiin diejek dalam video tersebut boleh tampil mengemukakan saman terhadapnya, namun tiada sesiapa yang berbuat demikian sehingga hari ini.

Malah katanya janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan juga tidak kelihatan ikhlas dan menunjukkan ‘kegelapan’ politik kembali ke negara ini selepas PRU yang lalu.

“Saya akan berjuang atas dakwaan kejam ini hingga ke saat akhir. Saya tidak melakukan apa-apa jenayah dan akan dibuktikan tidak bersalah di mahkamah,” katanya lagi.

Dakwaan yang dikenakan kepada Kok hari ini agak mengejutkan kerana Kementerian Dalam Negeri pada Mac mengakui klip video itu tidak menghina perdana menteri.

Selain Kok, Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nk Ahmad juga akan didakwa semula mengikut seksyen yang sama di bawah Akta Perhimpunan Aman yang membebaskannya beberapa hari lalu.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.