Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: Ahli harap isu suami calon pantau undian pengundi tak berulang

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 31 MEI: Ahli akar umbi PKR berharap Pengawas Pemilihan dilantik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak tegas dan adil kepada semua ketika memantau proses mengundi dan pengiraan undi dalam pemillihan semula di 35 cabang dari 31 MEI hingga 22 Jun ini nanti.

Ahli PKR yang cuma mahu dikenali sebagai Hisham, 35 berkata, ini termasuk tidak membenarkan kejadian suami kepada salah seorang calon yang berpengaruh berada berhampiran pengundi ketika mengundi sedang menanda kertas mengundi.

Pemilihan 2014“Ada banyak perkara ‘simple’ yang sepatutnya dielakkan berlaku, contohnya di Ampang, suami salah seorang calon dengan selamba memantau nombor ditulis pengundi ketika pengundi sedang menanda kertas undi di dewan mengundi.

“Keadaan menimbulkan rasa kurang selesa kepada pengundi. Lebih-lebih lagi sekiranya calon adalah seorang yang berpengaruh seperti wakil rakyat yang tentunya tempat mengadu ahli masyarakat termasuk pengundi itu sendiri. Keadaan ini menimbulkan perasaan serba salah.

“Orang memang kenal dia adalah suami kepada calon kerana calon adalah seorang wakil rakyat. Petugas tempat mengundi pula tidak berbuat apa-apa hanya membiarkan sahaja sekaligus boleh menimbulkan tanggapan negatif. Saya tak percaya perkara mudah seperti ini tidak dapat ditangani semasa proses pengundian,” kata beliau ketika menghubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul dalam satu sidang media berkata sehingga kini, sebanyak 35 cabang diarahkan agar mengadakan pemilihan semula bermula 31 Mei ini hingga 22 Jun.

“Di Selangor, kita mula mengadakan pemilihan pada 7 Jun tetapi tempat pengundian belum diputuskan lagi dan akan diumumkan dalam tempoh terdekat,” kata Johari.

Proses Pemilihan PKR 2014 yang berlangsung dalam tiga fasa di seluruh negara sebelum ini merekodkan pelbagai isu kontroversi sehingga menerima banyak bantahan samada di peringkat Ketua Pengawas Pusat Mengundi sehinggalah ke Jawatankuasa Aduan Pemilihan (JAP).

Selangor Kini difahamkan sehingga kini, proses siasatan terhadap semua bantahan yang diterima JAP masih dijalankan bagi beberapa cabang sekaligus terdapat kemungkinan cabang yang terpaksa mengadakan pemilihan semula meningkat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.