Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: Undian Selangor tertinggi, 5 cabang dikira di Ibu Pejabat

PETALING JAYA 12 MEI: Pengiraan undi Pemilihan PKR 2014 bagi Cabang Gombak, Ampang, Kuala Langat, Puchong dan Kelana Jaya dijalankan di Ibu Pejabat PKR bagi mengatasi masalah logistik yang tidak sempurna di tempat pengundian.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Johari Abdul berkata keputusan itu diambil apabila terdapat permohonan dari Pengawas Pusat Mengundi di kawasan terbabit.

pemilihan-2014“Ada tempat pengiraan undi ini sempit, tidak selesa dan lain-lain jadi mereka mohon pengiraan dibuat dibuat di bilik bawah yang lazimnya tempat diadakan sidang media,” kata Johari dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Sementara itu tinjauan Selangor Kini di tempat pengiraan undi di bilik media Ibu Pejabat PKR mendapati proses pengiraan undi masih dijalankan beberapa petugas pemilihan.

Mengulas isu peratusan keluar mengundi, Johari memberitahu, Selangor yang mempunyai bilangan ahli PKR paling ramai mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi setakat ini.

“Di Selangor ada yang cabang mempunyai keahlian sehingga 6,000 orang sebab itu keluar mengundi di Selangor tinggi.

“Manakala yang bertanding di Selangor pula mencecah dua ribu lebih,” kata Johari.

Kata Johari, dalam pemilihan kali ini kira-kira 10,000 ahli parti pelbagai peringkat menawarkan diri sebagai calon untuk pelbagai jawatan dalam pemilihan kali ini.

“Ini menandakan PKR adalah sebuah parti yang semakin relevan. Kalau dahulu nak dapatkan calon sangat susah tetapi sekarang tidak lagi,” kata Johari lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.