Categories
NASIONAL

PRK Bukit Gelugor: RamKarpal sasar peningkatan majoriti

GEORGE TOWN, 12 Mei: Ramkarpal Singh Deo, anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh berharap dapat meningkatkan jumlah majoriti undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, pada 25 Mei ini. 

Ramkarpal Singh berkata, beliau akan bekerja keras untuk meyakinkan pengundi di kawasan pilihan raya itu dalam usaha mempertahankan kerusi yang sebelum ini disandang mendiang bapanya.

Pada pilihan raya umum lalu, DAP menang dengan majoriti besar 41,778 mengalahkan lawannya daripada BN, Teh Beng Yeam.

ramkarpals“Saingan ini bukan mudah tetapi saya akan berusaha bersama rakan dalam parti bagi memastikan kami memenangi pilihan raya kecil ini,” katanya dipetik Bernama selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil itu di Dewan Sri Pinang, di sini, hari ini.

PRK Parlimen Bukit Gelugor yang diadakan berikutan kematian Karpal Singh akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara DAP dan tiga calon lain iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon bebas.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata beliau menjangkakan saingan sengit pada PRK terbabit walaupun Barisan Nasional (BN) tidak bertanding.

PRK Bukit Gelugor menyaksikan saingan antara Ramkarpal Singh, Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abd Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.