Categories
SELANGOR

Pertembungan Red Giants lwn JDT, tunjuk semangat kesukanan elak kekecohan

SHAH ALAM 20 MEI: Penyokong pasukan bola sepak diingatkan supaya tidak terbabit dengan segala bentuk provokasi semasa perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim berkata pada awal musim, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah pun bertitah supaya semua pegawai, pemain dan juga penyokong Selangor tidak terbabit atau menimbulkan sebarang kekecohan ketika perlawanan.

shah alam“Tuanku Sultan juga mahu kita penyokong Selangor sentiasa menghormati tetamu iaitu pasukan lawan.

““Jadi saya harap semua penyokong faham. Datang ke stadium dengan penuh semangat kesukanan, apa saja yang berlaku usah berdendam dan terima saja sebarang keputusan perlawanan,” kata beliau dipetik BH Online.

Katanya, beliau tidak mahu sebarang kekecohan berlaku kerana pasukan Selangor dalam semangat terbaik berada di puncak liga.

Red Giants 1“Kita tak mahu kekecohan berlaku sehingga mungkin boleh mengakibatkan kita didenda dan ditolak mata. Ia pasti merugikan,” kata Rosman.

FAS akan membuka kaunter tiket lebih awal iaitu dari jam 9 pagi hingga 4 petang pada Jumaat dan dari 9 pagi hingga perlawanan bermula pada Sabtu.

“Kehadiran tertinggi di Stadium Shah Alam musim ini ialah 16,000 penonton ketika bertemu Terengganu (4 Mei lalu) dan 12,000 bertemu Sime Darby (Sabtu lalu).

“Dijangka jumlahnya lebih tinggi Sabtu ini. Jadi, satu mesyuarat keselamatan akan diadakan Khamis ini bagi memastikan keadaan lebih terkawal,” jelas Rosman.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.