Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: Rodziah yakin atasi Zuraidah, saingan kian sengit

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 20 MEI : Pencabar bagi jawatan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail yakin akan berjaya merebut jawatan itu dari penyandangnya, Zuraida Kamarudin berikutan undiannya yang semakin hampir berdasarkan keputusan setakat 11 Mei.

Beliau berkata perbezaan undian yang rapat itu membuktikan kematangan wanita PKR dalam pemilihan parti.

Pemilihan 2014Katanya, ia juga membuktikan pengundi menerima pemimpin lain selain penyandangnya.

“Hasrat saya untuk bertanding jawatan itu bertepatan kerana menunjukkan wanita memerlukan perubahan dalam kepimpinan.

“Keputusan yang keluar baru-baru ini adalah undian yang tidak termasuk Selangor dan beberapa cabang lain.

“Insyaallah dengan pemilihan semula itu nanti saya berjaya memintas undian penyandang,” katanya ketika ditemui selepas Merasmikan Sambutan Hari Ibu, di Kompleks Kebudayaan, di sini.

rodziahPerebutan jawatan itu menyaksikan Rodziah ketinggalan sebanyak 289 undian dengan penyandangnya.

Mengulas peranan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Rodziah berpendapat JPP menjalankan tugas dengan baik walaupun terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki.

“Seperti mengadakan pemilihan semula, bagi saya JPP sudah mengambil kira pandangan yang perlu dibuat dan kita harapkan cabang yang akan diadakan semula pemilihan itu nanti dapat memenuhi kelancaran proses yang terbaik,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.