Categories
SELANGOR

Pesta Global India kumpul peniaga tempatan, antarabangsa

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 28 MEI: Pesta Global India anjuran Dewan Perdagangan Malaysia-India (Maicom) memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli-belah pelbagai barangan kebudayaan India yang didatangkan khas daripada serata pelusuk negara yang berlangsung di Stadium Shah Alam, pada 23 Mei hingga 1 Jun ini.

Festival yang menyediakan lebih 150 unit ruang kedai kepada pedagang, peniaga tempatan dan antarabangsa itu akan mempamerkan pelbagai barangan moden juga tradisional seperti kraftangan, tekstil, aksesori perkahwinan, alat solekan, barangan hiasan rumah serta manisan mulut.

10176024_652150621499657_1318625009_nTimbalan Presiden Maicom, DP Ganaa, berkata acara itu mampu menarik minat orang bukan India seperti kaum Cina, Melayu dan pelancong asing supaya mereka boleh mengenali, memahami serta menghargai budaya masyarakat India secara lebih dekat.

Katanya, pesta itu tidak hanya mengkhususkan kepada budaya membeli sahaja, bahkan pengunjung juga berpeluang menikmati persembahan menarik yang akan berlangsung di situ.

“Objektif kami adalah untuk memastikan pembeli berasa seronok bersama keluarga apabila berkunjung ke sini dan berdasarkan pengalaman sebelum ini, kami pasti festival ini akan mendapat sambutan.

1898108_633128813401838_768391695_n“Selain membeli belah, kami juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan fesyen, acara permainan dan persembahan pentas,” katanya pada Majlis Perasmian Global Indian Fiesta di Tapak Bazarena, dekat sini, semalam.

Majlis perasmian itu disempurnakan Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau.

Festival itu akan mengadakan program jelajah mereka ke negeri lain iaitu Pulau Pinang pada 27 Jun hingga 6 Julai ini, Perak (25 Julai hingga 3 Ogos) dan Village Mall Sungai Petani, Kedah (28 hingga 31 Ogos).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.