Categories
NASIONAL

PRK Bukit Gelugor: Pertembungan 4 penjuru 25 Mei ini

GEORGE TOWN 12 MEI: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini melibatkan pertandingan empat penjuru.

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang bermula pada jam 9 pagi tadi di Dewan Sri Pinang ditutup pukul 10 pagi tadi.

PRK gelugorDAP meletakkan Ramkarpal Singh, 38 tahun, anak ketiga mendiang Karpal Singh, sebagai calon untuk mengekalkan kerusi parlimen itu.

Beliau dicabar, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan ahli Umno, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar dan calon bebas, Abdul Bakar Sidek.

MCA yang sepatutnya mewakili Barisan Nasional (BN), memutuskan untuk tidak akan meletakkan calon.

Dalam pilihan raya umum lalu, Karpal menang dengan majoriti besar 41,778 mengalahkan lawannya daripada BN Teh Beng Yeam.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor manakala 21 Mei untuk pengundian awal.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.