JURNAL BERITA – MB arah peguam serah notis saman pada Manikavasagam

1. MB arah peguam serah notis saman pada Manikavasagam

2. Abdul Khalid luang masa sambut Hari Wesak bersama penduduk Cheras

3. Pemilihan PKR: Undian Selangor tertinggi, 5 cabang dikira di Ibu Pejabat

4. MBPJ wajibkan 10% bangunan komersil sedia tempat letak kereta wanita

5. Krisis politik Terengganu, PAS negeri adakan mesyuarat khas

6. Kemelut politik Umno Terengganu, satu lagi ‘bala’ buat Najib

7. Najib muka tak tahu malu, mustahil akan letak jawatan

8. Anwar, Azizah kemalangan di Desa Sri Hartamas

9. Krisis Politik Umno Terengganu, balasan rampasan kuasa Perak

10.PRK Bukit Gelugor: RamKarpal sasar peningkatan majoriti

11.PRK Bukit Gelugor: Alasan MCA tidak masuk akal

12.JPP Aduan Pemilihan: Tiada aduan terhadap Abdul Khalid

13.80 peserta berkonvoi selami kehidupan masyarakat

14.Soccerkids MBSA ungguli Kejohanan Bola Sepak Junior 1MCC-Yamaha 2014

15.Abdul Samah Ketua Polis Selangor baru

16.Hari Muzium Antarabangsa 14-18 Mei tampil pelbagai acara menarik

JURNAL BERITA -Pemilihan PKR: Abdul Khalid ungguli KL, Putrajaya dan NS, undi Selangor penentu

1. Abdul Khalid: Pemilihan PKR perlu penambahbaikan, lebih telus

2. Pemilihan PKR: Abdul Khalid ungguli KL, Putrajaya dan NS, undi Selangor penentu

3. Anwar: “Tak payah buat penilaian, Universiti kita memang terbaik dunia?”

4. Pengguna diberi penjelasan air lombong selamat digunakan

5. Rang Undang-Undang Hudud ke Parlimen ditangguh untuk penilaian

6. Pemilihan PKR: Keputusan penuh dijangka 19 Mei

7. PAS Selangor tidak pernah arah ahli kutip wang pasar

8. Malaysia ‘kehilangan’ MH370 dan Perdana Menteri

9. PRK Bukit Gelugor: Mohamed Nabi Bux ahli Umno mengaku PAS?

10.PRK Bukit Gelugor: DAP umum Ramkarpal calon pertahan kerusi

11.Usahawan dipelawa sertai program teknologi pembungkusan

12.MBSA: Jalan Persiaran Bandaraya ditutup dari 15 – 18 Mei

13.Sewa PPR Kota Damansara naik zaman BN, bukan PR

14.Peruntukan pangsapuri kos rendah perlu dikaji semula

15.JKR diarah keluar notis tender bina asrama dan sekolah Ladang Coalfields

16.Hapuskan Tikus dan Nyamuk, kawal penyakit berbahaya

17.Hari tanpa kenderaan kurangkan asap karbon dioksida

Categories
NASIONAL

PRK Bukit Gelugor: RamKarpal sasar peningkatan majoriti

GEORGE TOWN, 12 Mei: Ramkarpal Singh Deo, anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh berharap dapat meningkatkan jumlah majoriti undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, pada 25 Mei ini. 

Ramkarpal Singh berkata, beliau akan bekerja keras untuk meyakinkan pengundi di kawasan pilihan raya itu dalam usaha mempertahankan kerusi yang sebelum ini disandang mendiang bapanya.

Pada pilihan raya umum lalu, DAP menang dengan majoriti besar 41,778 mengalahkan lawannya daripada BN, Teh Beng Yeam.

ramkarpals“Saingan ini bukan mudah tetapi saya akan berusaha bersama rakan dalam parti bagi memastikan kami memenangi pilihan raya kecil ini,” katanya dipetik Bernama selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil itu di Dewan Sri Pinang, di sini, hari ini.

PRK Parlimen Bukit Gelugor yang diadakan berikutan kematian Karpal Singh akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara DAP dan tiga calon lain iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon bebas.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata beliau menjangkakan saingan sengit pada PRK terbabit walaupun Barisan Nasional (BN) tidak bertanding.

PRK Bukit Gelugor menyaksikan saingan antara Ramkarpal Singh, Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abd Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.

Categories
NASIONAL

PRK Bukit Gelugor: Alasan MCA tidak masuk akal

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 MEI: Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menyifatkan alasan MCA untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor untuk menumpukan soal hudud adalah tidak masuk akal.

Katanya, alasan itu menjadikan rakyat bosan berhadapan pemimpin politik dan mereka perlu beri alasan yang matang bagi menerangkan kepada rakyat.

“Mengapa begitu sikap pemimpin politik ini, sering memberi alasan yang rendah kualitinya? Selalunya ini yang berlaku menyebabkan rakyat menjadi bosan dengan mereka. Lebih teruk lagi jika pemimpin ini nanti yang dilantik menjadi menteri.

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff“Jika saya yang dikehendaki berhujah, saya akan katakan melihat kepada keputusan PRU-13, MCA tidak mempunyai sokongan yang kuat di kawasan ini.

“Oleh itu, MCA merasakan wajar untuk mengukuhkan dahulu kedudukan parti di kawasan ini daripada bertanding,” kata Agus menerusi laman Facebook miliknya.

Beliau berkata, alasan Barisan Nasional tidak meletakkan calonnya kerana MCA dalam proses konsolidasi untuk mengukuhkan parti seperti yang disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai hujah diplomatik yang baik.

Tinjauan reaksi berkenaan isu itu mendapati bebrapa pihak berpendapat BN sepatutnya memberikan tumpuan menghadapi PRK di Parlimen Teluk Intan berdasarkan demografik pengundi yang seimbang di sana.

Hal itu kerana, majoriti kemenangan DAP di Bukit Gelugor adalah antara yang tinggi dalam PRU-13 lalu dengan majoriti 41,778.

Selain itu, terdapat juga reaksi di kalangan mereka yang percaya Pakatan Rakyat (PR) bakal memperoleh kemenangan mudah di kawasan berkenaan kerana majoriti pengundi Cina menolak BN.

Sebelum ini, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden yang diadakan di Ipoh, Perak.

ramkarpalsPenamaan calon hari ini menyaksikan calon DAP, Ramkarpal Singh, akan berhadapan pertembungan empat penjuru yang membabitkan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan serta dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan dalam usaha mengekalkan kemenangan mendiang bapanya, Karpal Singh.

Pembuangan undi akan berlangsung pada 25 Mei ini, manakala hari penamaan calon adalah pada 19 Mei.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PRK Bukit Gelugor: Pertembungan 4 penjuru 25 Mei ini

GEORGE TOWN 12 MEI: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini melibatkan pertandingan empat penjuru.

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang bermula pada jam 9 pagi tadi di Dewan Sri Pinang ditutup pukul 10 pagi tadi.

PRK gelugorDAP meletakkan Ramkarpal Singh, 38 tahun, anak ketiga mendiang Karpal Singh, sebagai calon untuk mengekalkan kerusi parlimen itu.

Beliau dicabar, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan ahli Umno, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar dan calon bebas, Abdul Bakar Sidek.

MCA yang sepatutnya mewakili Barisan Nasional (BN), memutuskan untuk tidak akan meletakkan calon.

Dalam pilihan raya umum lalu, Karpal menang dengan majoriti besar 41,778 mengalahkan lawannya daripada BN Teh Beng Yeam.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor manakala 21 Mei untuk pengundian awal.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lalu.

EZY

Categories
NASIONAL

PRK Bukit Gelugor: Mohamed Nabi Bux ahli Umno mengaku PAS?

AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 10 MEI: Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar, individu yang menyuarakan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor didakwa  adalah Ahli Umno dan bukannya Ahli PAS seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Berdasarkan maklumat yang tersebar di laman sosial menunjukkan beliau merupakan Ahli Umno Cawangan Kampung Banjar, Gombak Selangor dengan nombor keahlian 02700360.

ahli umnoBeliau juga merupakan pengundi di Parlimen Tasek Gelugor dan Dun Telok Ayer Tawar.

Sebelum ini beliau mengumumkan hasrat untuk bertanding di Bukit Gelugor selepas Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berbuat demikian.

Kerusi Parlimen Bukit Gelugor mengalami kekosongan selepas penyandangnya, Karpal Singh meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di Gua Tempurung, Perak bulan lalu.

Pada PRU-13, Karpal memenangi kerusi berkenaan selepas menewaskan calon MCA, Teh Beng Yeam dengan majoriti 41,778 undi.

EZY