Categories
NASIONAL

PRK Teluk Intan: 40.13 peratus keluar mengundi sehingga tengah hari

TELUK INTAN 31 MEI : Sebanyak 40.13 peratus atau 24,050 daripada 59,927 pengundi keluar mengundi sehingga 12 tengah hari ini, demikian menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi berdaftar di Parlimen Teluk Intan adalah seramai 60,483 orang dan 421 pengundi awal membuang undi pada 29 Mei lalu.

Pengundi Cina meliputi 42 peratus daripada jumlah pengundi sementara pengundi Melayu pula adalah sebanyak 38 peratus dan pengundi India seramai 19 peratus.

prk teluk intanSebanyak 37 buah pusat mengundi akan dibuka dan proses membuang undi akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Proses mengira undi akan diadakan di SMK Abdul Rahman Talib bermula pada jam 5 petang dan jika segalanya lancar, keputusan rasmi dijangka bakal diumumkan pada jam 9 malam.

Parlimen Teluk Intan meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

Dalam pengundian awal 27 Mei lepas, sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi keluar mengundi.

Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mampu mencecah 80 peratus, sama seperti peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau juga menjangkakan keputusan PRK Parlimen Teluk Intan dapat diumumkan seawal pukul 9 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.