Categories
NASIONAL

Proses laksana hudud ibarat ‘ingin beli kereta’

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 MEI: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan tindakan kerajaan PAS Kelantan mengemukakan pindaan supaya dibenarkan melaksana Enakmen Jenayah Syariah 1993 bertujuan menjadikan ia sebahagian daripada undang-undang di Malaysia.

Katanya,  pelaksanaan hudud bukan untuk memotong tangan pesalah sahaja tetapi digambarkan seperti ‘bercadang ingin membeli kereta’ dan bukannya persoalan ‘ingin memandu kereta’.

“Isunya bukan kita hendak memotong tangan orang, tetapi yang lebih besar adalah meletakkan undang-undang Islam sebagai sebahagian dalam negara.

nik mohd amar pas“Isu besar yang berlaku sekarang adalah undang-undang ini belum diterima. Bukan soal potong tangan, tapi ingin letak undang-undang syariah ini pada tempatnya.

“Kalau guna anologi orang kampung, kita baru ingin beli kereta bukan membawanya lagi. Masalah besar kita adalah belum ada kereta lagi,” katanya dalam program Wacana ‘Hudud: Bersediakan Kita’.

Mohd Amar menjelaskan, tindakan membawa perkara itu ke Parlimen kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam sesi penggulungan berkata Kerajaan Pusat sedia memberi laluan kepada negeri untuk dibawa ke Parlimen.

Katanya, Kerajaan Kelantan juga menyiapkan draf bil berkenaan untuk dibawa ke Dewan Rakyat kerana Islam mempunyai konsep adil yang tersendiri bukan bererti memberi atau meletakkan sesuatu itu secara sama.

SOLEK HUDUD 1 copy2“Orang bukan Islam tidak akan didakwa di Mahkamah Syariah tetapi Kerajaan Pusat digesa meningkatkan hukuman ‘pinal code’ sedia ada dalam mahkamah sivil untuk mengimbangi hukuman.

“Dalam konteks mencuri, orang bukan Islam tidak kena potong tangan dan yang Islam dikenakan potong tangan itu adil kerana orang Islam itu sudah memilih agamanya sendiri.

“Bila dia memilih Islam, maka dia memilih seluruh ajaran agama itu termasuklah undang-undang jenayah. Kalau dia (orang Islam) mencuri dan dibuktikan bersalah. maka hukuman potong tangan itu adalah adil kerana itu pilihannya,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.