Categories
NASIONAL

Ramkarpal: Kemenangan hadiah untuk bapa

SHAH ALAM 26 MEI: Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang baru, Ramkarpal Singh menghadiahkan kemenangannya mengekalkan kerusi DAP itu buat mendiang bapanya, Karpal Singh.

Ramkarpal dalam sidang media selepas keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan lewat malam ini menyampaikan penghargaan kepada ibunya Gurmit Kaur dan juga adik beradiknya, Jagdeep, Gobind, Mankarpal dan Sangeet atas sokongan mereka.

Logo-PKR-DAP-PAS“Ini adalah pilihan raya saya yang pertama dan ia bukan satu pengalaman yang mudah.

“Jika jumlah keluar mengundi lebih besar, majoriti yang kita perolehi juga lebih besar.

“Jika kita lihat pada majoriti, walau dengan jumlah keluar mengundi sedikit, ia adalah kemenangan besar,” katanya dipetik Malaysiakini.

Ramkarpal mengekalkan kerusi tersebut untuk DAP dengan majoriti 37,659 undi – 89 peratus daripada jumlah undi – hanya kurang 4,000 undi daripada jumlah yang diperolehi Karpal pada pilihan raya umum 2013.

Jumlah yang keluar mengundi hari ini hanya 56 peratus berbanding 86 peratus pada 2013.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.