Categories
SELANGOR

Pendapatan RM4,000 sebulan setiap keluarga boleh dilaksanakan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 MEI: Sasaran Kerajaan Selangor setiap keluarga di negeri ini memperolehi pendapatan perkapita mencecah RM4,000 sebulan menjelang 2018 bukan sekadar angan-angan kosong.

Ini berikutan Kerajaan Negeri sudah pun membuat kajian serta perancangan teliti sebelum melaksanakan pelbagai program bantuan bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri itu.

selangor“Kita hendak tingkatkan pendapatan rakyat daripada minima RM1,500 kepada RM4,000. Adakah ini cuma angan-angan kosong? Tidak.

“Syaratnya kerajaan menyediakan infrastruktur, satu persekitaran dan sistem yang baik ke arah itu.

“Kita lihat kesan kajian yang dilakukan, didapati industri yang paling besar potensinya adalah industri perkhidmatan termasuklah nurseri yang layak dilabelakan sebagai industri,” kata Rodziah.

Rodziah berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK) di Intekma Resort di sini, semalam.

Bagaimanapun tambah Rodziah, matlamat itu sukar dicapai sekiranya tiada kerjasama diberikan golongan terbabit.

Sebelum itu dalam majlis sama, Ketua Pegawai Operasi Rantaian Mesra Sdn Bhd, Kamsani Nasir menyarankan agar para perserta KIPK menghebahkan pelbagai skim MES kepada masyarakat sekeliling.

Rodziah“Kita buat macam sistem Multi Level Marketing (MLM), beritahu empat orang, selepas itu mereka beritahu lagi empat orang dan terus berkembang,” kata beliau.

Sementara itu seramai 29 perserta terlibat dalam program KIPK yang dianjurkan Exco Kebajikkan Negeri Selangor dengan kerjasama Rantaian Mesra dan Pusat Latihan Wawasan.

Program yang diadakan selama dua hari, satu malam itu diadakan bagi memberi pelbagai pendedahan dalam perkhidmatan nurseri sekaligus menjadikan perkhidmatan itu lebih berdaya maju dan memberi pulangan lumayan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.